setahun yang lepas... kakaknya kahwin. you can read it here... THE WEDDING & THE TWISTED LEG.
so again sebagai kawan lama kepada parents kami mestilah attended wedding ni dan membantu apa yang patut. hari jumaat, 27 April majlis nikahnya. seawal pagi kami dah sampai di Gombak. Kali ni nikah di buat di surau berhampiran. so tak der la sibuk2 kat rumah sangat.
pagi tu kami terus menuju ke surau. tolong sambut keluarga pengantin lelaki. tolong susun2 kan hantaran.
oh alas dulang tu berjasa sungguh. i bought in 2008 masa nak kahwin dulu. mahal rasanya masa beli dulu. tapi alhamdulillah berbaloi rupanya. after my wedding, my friends pinjam, kak wanie (akak pengantin) pinjam now adiknya pula pinjam. akan datang mungkin my bro plak.
rombongan lelaki belum sampai.. jadi duduk2 dulu...
tolong sambut tetamu... masa tu i rasa cam orang tua sangat! hahahah... maklumlah tak der orang muda masa tu.
leganya hati auntie sebab anaknya yang bongsu sudah selamat dia diijab kabulkan. happynya auntie...
inilah pengantin perempuannya... Puan Syatirah atau kami panggil Syasya
Syasya ni tua 2 tahun dari my bro. masa diaorg kecik2 dulu. My bro suka gigit si syasya. sampai sekarang semua org ingat diaorg pernah jadi musuh ketat masa kecik dulu. sekarang dah kahwin si syasya ni... my bro InsyaAllah menyusul. hmm... sekejap je masa berlalu kan...
selepas acara nikah kami semua pulang ke rumah auntie di Gombak. sampai rumah i tolong la kemas2 apa yang patut.. elok2 tgh berkemas tiba2 POP!!!
bunyi apa tu? my hubby yg tgh tgk tv terperanjat dan tgk i yg tengah terduduk. "lutut i.. pop lagi". masa tu air mata cam nak berjurai dah tapi tahan aje. uncle suruh sapu minyak urut kat kaki. oklah i pun sapu aje... pas tu hubby gi solat jumaat ngan uncle.
auntie baru turun dari atas terperanjat tgk i yg dah terbaring menahan sakit. terus auntie tungku kan ngan herba supaya urat tak masuk angin. lepas tungku tu baru lega boleh lipatkan kaki.
lepas solat jumaat kami pun gerak balik.. sebelum balik ngan lutut yg sakit jalan terhencut2 pun sempat lagi pergi ampang park jap beli baju untuk majlis keesokkannya. maklumlah bertema2kan. hari nikah warna maroon, hari sanding warna silver/grey hari bertandang warna purple. dulu ada baju warna grey, tapi dah tak muat :P sempat sekali pakai aje.
bukan dapat baju untuk majlis je.. baju raya pun dapat :P untuk tema kat Sabah nanti. maklumlah diaorg kat sabah ni kan suka nak bertema-kan macam tahun2 sebelum ini orang, hijau, purple... tunggu raya tahun ni colour apa ;)
eh eh.. cerita raya pulak :P...
ok sambung wedding.. balik dari ampang park dah dekat maghrib.. macam biasa i kan kalau sakit jadi princess. jadinya sampai saja rumah, hubby suruh mandi dgn air panas. ok.. lepas mandi pyjama semua dah siap atas kat katil. aircond pun dah on.. jadi sekarang masa untuk bertungku herba pulak... wah cam spa pulak.. sedapnya dah bertungku siap semua... kemudian sapu minyak urut panas plak kat lutut dan di bandage kan. siap... boleh baring dalam duvet lantas terus tertidur.... nyaman bah!
esoknya pagi dah bangun sebab nak ke gombak dan kerana aktiviti yang kurang berfaedah orang buat di jalanan jadi kami kena bergerak awal dari rumah... sebab takut jalan sana sini tutup. kami kena sampai awal sbb girlfriend my bro jadi pengapit syasya.
sampai rumah pengantin just nice... drop kan my bro ngan gf dia so kami pun gerak ke dewan. kami lebih diperlukan di sana.. maklumlah penyambut tetamu kan...
bergambar dulu ngan mak pengantin...
suasana dewan... tetamu lewat skit sbb banyak jalan tutup sana sini kan...
eh pengantin lama sibuk jugak! :P
here come the bride..
tarraaa... tamat sudah majlis di rumah sebelah perempuan... rahsia saya bertahan lama di majlis itu walau knee sudah pop... selain dari tungku dan bandage... dah pakai cantik2 kat dalam tu pakai ebene... kalau tak pakai jangan harap boleh bertahan berdiri lama macam tu.
balik je rumah mlm tu.. bertungku lagi dan berminyak panas lagi. ahad tu majlis bersambung lagi di rumah pengantin lelaki pulak.. again kami kena awal coz my bro gf kena jadi pengapit lagi. bergambar dulu sementara tunggu pengantin sampai...
ok ready2 jap lagi nak berarak...
ni budak tetiba kena jadi kepala rombongan... eloklah tu ngan tak pakai baju melayu nya :P
lepas dah berarak kita duduk makan dan sebelum balik kita bergambar dengan pengantin...
dan dengan kakak pengantin...
bila ada kelapangan kita berjumpa lagi... rumah auntie di Gombak.. jauh bukan main lagi... so jarang2 kami visit sebenarnya.. bila ada majlis mcm ni barulah kami menyinggah ke sana... lepas ni dah tak der majlis kahwin2 tapi kami kena tetap akan singgah juga ke sana...
my knee still sakit lagi sampai ke hari ni... tapi tak per... jangan culas bertungku dan bandage.. InsyaAllah nanti baik la tu.. macam2 hari tu terseliuh kali ni pop.. first time pop tahun 2009. haihh! ngeri rasanya knee ni pop lagi..
2 comments:
Sabar jelah lutut.. :)
Aku belum pikir lagi tahun ni raya tema baju warna apa hehe..
Nong,
Diaorg di Sabah awal sudah bagi tahu tema. Kalau balik Bongawan pagi raya.. semua orang tau itu family diaorang semua sama warna penuh di kuburan :D
Post a Comment