oh minggu lepas sangat sibuk kerana hanya 3 hari di office dan 2 hari pergi training. Training sgt syok & best dan cuba diaplikasi di rumah.. ohh Bee sgt bising bila cuba diaplikasi di rumah & end up with his statement "Boss, saya EL la hari ni". hahaha funny! i think it is always good that we only have one boss at home :P.

Oleh kerana training di Legend Hotel (Sebelah je ngan The Mall) beberapa kejadian juga terjadi di mana tak sengaja tershopping bila mana parkson ada sale (i love when parkson ada sale). kejadian ini boleh juga dilibatkan dengan kelambatan hubby pick up after the training. boleh ke? not much damage around RM200.00 aje coz 50% - 70% discount. Got myself 2 seluar kerja baru & 2 baju kerja baru. oklah tu or else total up akan jadi RM450.00... byk jimatkan?

Oh hari Sabtu hubby on stand by and have to go to office for testing. bosan sungguh tinggal sorang2 kat rumah and plan to wait for him while i am watching TV. dlm 11:30 pm gitu ada org bell rumah.. wahh sgt pelik mlm2 hari ni dah la i am home alone, my brother keluar pun tak balik lagi. jengah kat lubang pintu tu nampak ada sorang lelaki dan sorang perempuan (eh tak kenal la) lari ke dalam ambik tudung & buka pintu....

"ini rumah en.romzi??" hah rumah romzi?? pulak! "bukan2 ini rumah en.rozalie.. kenapa ye?" "saya warden student sime darby.. ada budak kena hesteria. saya cari orang surau nak minta tolong". Statement utk Romzi: Kau dicop sebagai orang surau ye. "Hah.. En. Rozalie ada", tiba2 je budak lelaki tu bagi statement. Statement utk Bee: Orang surau yang dok atas surau tak turun pergi surau.

so i help to call Romzi, alkisah Romzi tiada dirumah.. next whom to call ye.. call la Zahir & Md. Noor, masing2 ada anak kecil so tak mau pergi sbb takut anything happened. isyhh sian la plak kat budak tu. those who knew me very well.. it is hard for me to say NO bila org minta tlg.. then i call my hubby, hubby kata dia dalam sejam lagi baru balik.. pulak dah.. call my brother, he said that dia kat depan guard dah. hubby advice to give air yassin to budak yg kena hesteria tu (coz kitaorg pun tak tau nak tlg mcm mana lagi sebenarnya)

so my brother went to the house and pass the air yassin & at the same time my brother asked a few questions. boleh ke budak yang kena hesteria ni sblm ni gi naik kat bumbung our aparment ni nak cari ketenangan.. (bayangkan gelap2 kat atas bumbung apartment dia leh lepak situ) apa lagi kena basuh la ngan my brother saying that so many other places nak cari ketenangan kat area apartment kitaorg ni. and my brother also asked if they do anything wrong like brough a guy into thier house & as ussual semua cakap tak pernah buat or tak ada..

sementara kat rumah tu. tiba2 ada lagi sorang kena hesteria gak kat block satu lagi... my brother called me & asked aither nak tolong ke tak.. i said balik dulu rumah ambik lagi air yasin ni & pass to her. bila sampai kat block satu lagi tu Md. Noor our jiran is there already & my brother passed the air yassin. tung tang tung tang dekat kul 1 pagi baru my brother balik rumah & hubby pun reached home.

pelik sungguh kejadian2 itu.. but my brother said it is probably ada sesuatu.. where Md. Noor & my brother already highlighted to them.. jiran2 kalau nak tau sbb apa PM me ye :) cannot be disclosed here.. apa2 pun dah kat setahun tinggal situ tak der la apa masalahnya.. budak2 kolej ni jek ada masalah.

begitulah kejadian2 sepanjang minggu lepas.. selepas kejadian hesteria2 itu.. hajat untuk menyidai baju di balcony juga terbantut dek kerana hubby tak kasi keluar rumah.. dia kata baju tu esok pagi2 pun boleh sidai.. er.. untuk malam tu jek kot.. lepas tu tetap gak keluar sidai baju kat luar during night :) insyaallah tak der apa2 tawakal kepada Allah dan takut hanya pada Allah insyaallah.. selamat dunia akhirat (ini pesan Bee).
Finally I managed to revamp my blog :D Man.. it took many many many years for me to do so.. reason? LAZY.. but last weekend, with the help of hubby & my bro we managed to do it maklumlah ala2 lupa gitu html coding. last time, i did all by myself from scratch :D dah 6 ke 7 tahun kot tak pernah tukar design tu. actually tak siap sgt lagi blog ni ada beberapa design lagi yg tak siap so kena tunggu skit lagi ye :D ohh ye comments lama2 pun hilang.. sbb lupa copy dulu sorce code yg awal2 dulu :D tak perla kita pakai komen blogspot je skrg ni.

Since dah lama sangat tak update byk sgt cerita yang tak diceritakan.. tapi cerita terbaru we just lost our nephew (hubby's side) yesterday (20 March 2011). Hey.. March lagi.. March selalu byk cerita sedey kan.. my elder bro leaving us behind in March 1997. But Allah knew the best for each of us. The baby lahir memang cukup bulan dan hanya 3 hari saja di dunia ni dah dijemput Allah. The baby ada few complication (my ipar tahu pregnant lambat coz dia baru jugak deliver February last year so tak expect ada baby lagi - they have 2 children already so this is the third). We are not going back to Sabah since it is cuti sekolah (no ticket available) & my parents in law kata tak perla since baby lagi. We just gave them a few phone calls and probably nak sedekahkan apa yang patut (think of batu nisan). Coz normally we always give them presents but this time nak bagi apa kan orangnya dah tak der.. mungkin that might help his parents too. I am not so sure the cost for the batu nisan called my mom then my mom said around RM300 - RM400 together with kepuk. but still discuss dgn hubby is it a good way to help them.. not so sure..

Ok.. ada sedih ada gembira itulah hidup kat dunia ni. langit tak selalu cerah dan langit juga tak kan mungkin selalu mendung. mudah2an mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah untuk semua muslimin dan muslimat yang telah meninggalkan kita.