11 April ialah Public Holiday. Semua orang tahukan.. jadi kita eloknya santai2 aje di rumahkan? ye la esoknya 12 April tu pun kerja kan. bangun lewat di pagi hari tu. bangun2 hubby dah siapkan breakfast, sapu rumah dan cuci toilet (thanks bee love u mmuuahh).

lepas tu kita lepak2 aje tgk TV. eh pisang tanduk banyak ni bawak balik dari Johor hari tu. oh Gee makan kat mamak bawah tu yek.. ok WhatsApp gee, "nok ko dtg rumah aku lepas mkn ye ambik pisang ni. byk nok aku tatau nak buat apa :P"

lepak2 main ngan anak gee jap kat rumah.. pas tu derang pun balik.eh.. tetiba rasa nak masak kari ikan merah la utk dinner nanti. ala sayur tak der plak.. hmm buat begedil pun sedapkan... ala tak der daun sup plak kan... hubby pun ckp.. tak yah la masak esok nak kerja pun kita makan kat luar aje. ala... lama tak main dapur.. tolonglah keluar kejap beli sayur kat giant. hubby pun sibuk la mengajak gak keluar. kalau i keluar nnt sapa nak siapkan bahan2 nak masak. i jugak kan.. nanti penat.. so u jek la gi nanti u balik i tinggal campak2 je bahan.

elok bee keluar gi giant, gegas la kita ke dapur kupas bawang, kentang, siapkan bahan2 nak masak kari. panaskan minyak dlm kuali nak goreng kentang utk dibuat begedil itu. bila nak masukkan kentang tetiba tgk minyak itu bergorang ngan kuatnya... eh takkan tak berhenti lg goyang minyak tu dari dituang tadi... abaikan..

eh apsal loceng block A berbunyi tu?... sempat lg WhatsApp ngan si gee ni..... gee kata ntah apsal td ramai orang kat swimming pool. jengah kat balcony.. eh tak der orang pun.. ok la teruskan memasak. si gee pun relax2 aje kat rumah.

tiba2 phone berbunyi.. lari2 nak angkat phone.. eh tak sempat plak.. apa la bee ni mesti lupa nak beli apa lg la tu... call bee balik:

bee: u kat mana??
me: kat rumah la... apsal
bee: u turun sekarang.. block B goyang... tutup semua api ke apa.. kunci pintu.. turun. orang semua kat depan ni berkumpul. bomba pun dah dtg.
me: hah?? ok2

tatau nak grab apa.. ambik cardigan pakai, ambik tudung ambik handbag ngan handphone and turun. call gee tak dapat pas tu call faizal suruh turun gak... jumpa abg bomba kat bawah... "baru nak turun??" erk...

cari2 hubby.. orang dah ramai kat bawah ni.. oh hubby ku... jumpa!

lepak kat tepi jalan ngan jiran2 lain. tanya la derang yg tingkat tinggi2 ni... menurut kata kak yuni, "akak tgh baring2 depan tv sekali rasa carpet mcm ditarik org ke kiri ke kanan and chandilier bergoyang2" huh?? really? jap lagi tanya jiran2 lain. derang ckp chandilier derang bergorang2 sampai langgar ngan kipas. hai yoo!! kuat tu goyangnya. mostly yg rasa goyang2 tu tingkat 10 ke atas... ohh patutla i tingkat 4 saje :P puncanya sbb gempa di Acheh yg berukuran 8.5 ke 8.7 ntah malas nak check. di bawah adalah gambar2 kejadian.. ye yg tak pakai baju ada yg pakai robe saja ada may be dr swimming pool.




moralnya... kena marah ngan my hubby... lain kali jangan ignorance je dekat bunyi loceng ke apa. cuba call guard house ke turun ke apa2 jek la. i tak ignorance la bee i call Gee tp dia anak beranak pun relax aje. i ajak turun pun derang tak nak turun :D pot pet pot pet pak cik tu bising kan... menjawab lagi.

pas tu naik rumah dah dekat nak maghrib bila bomba bg clearance. so dah malas nak masak. simpan semua bahan dalam fridge balik dan kita keluar makan :D.
7 April lepas birthday abah yang ke 61. kami semua balik ke Johor n celebrate birthday abah.simple saja celebrate birthday abah. tghari tu masak nasi tomato. mcm biasa nasi tomato ni banyak la mak nenek lauknya kan. antaranya ayam masak merah, dalca dan juga acar. sambil masak sempat lagi buat popiah dan fruit tart. kek tempah saja kat kak zurina. jom tengok gambar... To gee, sorry darling tengok gambar  nasi tomota aku tu tak senonoh presentationnya, gambar di snap oleh org lain sblm sempat dikemas betul2 sebab aku sibuk masak aje kalau balik rumah aku ni. maklumlah my mom kat dialysis every saturday, so siapa lagi nak diharapkan. once again thank you professional helpers (hubby, akmal and azah).


later in the evening kita hi-tea plak sambil potong kek birthday. kek birthday ni ditempah dengan kak zurina. cuma email pd dia theme yg dikehendaki. tarraaa... inilah keknya. temanya "gardening". abah kan suka berkebun. jadi kita tempah la ikut hobi abah. hehehehe kalau kebun abah kat cameron highland atau kat kundasang mungkin inilah hasil kebunnya kubis, carrot dan terung yg segar. sebenarnya minta kak zurina buat pisang, labu, kelapa sawit (ada ke org buat??) tapi tak pe.. janji jadi juga. vanilla sponge cake covered by vanilla butter cream. fav orang satu rumah senang....



selain itu homemade popiah atau dikenali dengan nama (popiah cik baiti - signature dish cik baiti katanya :P sila menyampah) dan juga fruit tart.




Dear Abah, 

Happy Birthday, Semoga dipangjangkan usia sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik and always cool & chill cam biasa!. We love you Abah!. 
Remember part 1 & part 2 kisah dulu2......

12 March 2012 we celebrated the 7 years anniversary not wedding but love anniversary. yee.. tau cerita dah sebulan lalu :P

yups yups yups 7 years ago on this date a guy name Roch had guts to say that he loves me (hikhikhik... expression malu2 skit :P) of course la dia tak cakap berdepan... but later he did la.. zaman yahoo messenger... ntah apa kemaruk malam tu dia type gitu plak.... dah hilang message tu :( tapi tak per the memory is still there... of course i didn't answer him directly. cam over plak nak reply directly (maklumlah pemalu saya ni bila bab jiwa2 :P)however, i send him mp3 :)



Kata demi kata
Jalin dengan indah
Untuk menguraikan
Maksud hati

Kuberanikan diri
Untuk memulainya
Tapi mengapa bibirku
Tak dapat bergerak
Terasa berat

Oh malunya hati ini
Bila kuingat saat itu
Kami hanya saling berpandang
Dan terdiam terpaku

Oh bulan hanya dirimu
Yang menyaksikan segalanya
Oh bulan tolonglah daku
Katakan padanya
Ku cinta dia

Malam pun kian berlalu
Kami saling terpaku
Diam seribu bahasa
Hilang semua kata
Yang terangkaikan

Oh malunya hati ini
Bila kuingat saat itu
Kami hanya saling berpandang
Dan terdiam terpaku

Oh bulan hanya dirimu
Yang menyaksikan segalanya
Oh bulan tolonglah daku
Katakan padanya
Ku cinta dia

tau apa jadi the next day bila hari dah siang? malu beb nak gi jumpa mamat ni.. kalau boleh janganlah terjumpa... hahaha boleh?

kalau dikenang balik dari benci sebencinya sekarang dah jadi teman sehidup Insyaallah sampai ke syurga. hmmm.. kenal 7 tahun, tolak bertunang setahun, tolak kahwin dah 3 tahun ohh... tak lama jugak... 3 tahun je kenal dah ajak kahwin..... err.. bukan roch yang ajak kahwin ye parents dia melamar terus kat phone directly to my parents. kitaorang tak der plan sgt pun nak ke arah perkahwinan sbb ye la baru kerja katanya masa tu konon nak focus kat career la :P

so i tak der la feeling cam orang putih... the guy ask "will you marry me?" atau feeling cam melayu sangat the guy ask "jom kita kahwin". lepas parents dah buat urusan diaorang baru pass kat kitaorang untuk pilih tarikh dan buatlah hantaran ikut suka hati korang sebab korang punya duit (huhuhu... suka2 suruh kita kahwin pas tu hantaran duit sendiri semua.. huhuhu... nasib baik diaorang cover perbelanjaan hari majlis). Even duit hantaran masa nikah nanti pun parents suruh kitaorang sendiri bincang macam mana. eh??

18/08/07 selamat la bertunang... alhamdulillah.. sepanjang bertunang i don't remember if we have any fight? rasa2nya tak der.... perjalanan tu smooth.




mungkin dengan roch perhubungan tu jadi lebih matang. he never had girlfriend before, i am the first accroding to his friends. when i asked roch, dia pun cakap i am the first but one of his best friend said roch pernah ada girlfriend tapi ntah berapa minggu kot and perempuan tu left him when he was recovering after the operation lepas accident (gila kejam!).

after a while then only roch met me. i was all broken heart that time. that's why at first when we couple we keep it secret from our friends. some said roch cuma rebound utk baiti. so some said that confirm baiti akan left roch jugak.. and a lot of other things la yang menyakitkan hati kalau dengar apa orang kata. those who support us are his college friends and some of his sabahan friends.

apa pun semua telah ditakdirkan Allah. roch memang sabar sangat dari mula kenal lagi.. ke sebab dia tau i baru broken heart so dia cam kena hati2 dgn apa dia cakap dan sebagainya... sbb masa tu i pun satu hal.. over sensitive jugak...

segala urusan dipermudahkan Allah... Alhamdulillah. Lepas betunang dapat rezeki beli rumah yang kami tinggal sekarang. Punya la kan takut kena marah ngan parents beli rumah before kahwin coz we share the loan tu. So we keep it secret until kita dah kahwin baru cakap but to my parents, we only informed them after nak dapat kunci dah but that time my brother dah tau siap dah tgk rumah tu dari jauh pun... hehehehe the entry i wrote it here.


gambar block rumah sendiri tak der ni block A nampak tu rumah gee :D

lepas dh beli rumah ni tu sibuk buat persiapan nak kahwin juga.. duit simpanan utk honeymoon ke apa habis utk deposit rumah saja. bila fikir2 balik... tak per la.. honeymoon tu bila2 pun boleh pergi nak dapat rumah dgn harga yang mampu milik dan keluasan yang begini dan dlm kawasan KL memang mustahil. Alhamdulillah we make the right choice :)

setahun berlalu tibalah masa untuk diijab kabulkan on the 15/08/08. walau pun hari sebelum nikah macam2 hal berlaku tapi sbb tak boleh nak gaduh ngan mak andam semua pendam je.. siapa tak sedih kalau pelamin dijanjikan lain dgn apa yang dipasang. malam tu dah berderau je darah rasa nak marah tapi buatnya nanti dia tak datang langsung hari majlis mcm mana? so tahan je la marah... my mom orang yang paling angin dan stress sekali sbb memang pelamin salah, fresh flowers salah lain orang request lain yang dia bawa. ingat lagi malam sblm nikah tu mak ketuk pintu bilik tanya "ok ke pelamin baiti tu?" memang tak OK tapi nanti kalau gaduh ngan mak andam nnt sendiri susah kan pas tu tak nak susahkan hati mak.. but mak being mak... esoknya dia pergi cari roses as i wish tu ke merata kedai kat kluang. bayangkanlah tak booking bunga mcm mana nak dapat dgn kuantiti yang banyak.. bunga utk kat khemah makan, hantaran and bilik memang mak dah booking 3 bulan sebelum.

tgk ni pelamin salah! tak hangin aku satu badan sehari sebelum majlis!



wedding car hadiah dari mak :) hiasan nya je ye.. kereta tu kereta abah :P


for her


for him

walau bagaimanapun acara yang paling menyentuh hati adalah majlis khatam al-quran, nikah dan malam berinai. the most wonderful majlis out of 4 majlis.

seperti dijangkakan walau ko buat baik mcm mana dgn mak andam pun kalau dah mak andam tu memang tak amanah... itu dia hari bersanding dia tak datang.. boleh? majlis sanding pukul 2 petang pukul 1:30 i belum di make up kan.. tak gila ko rasa? tak mak bapak pengantin kelam kabut mana nak layan tetamu lagi tgk anak tak siap lagi. pihak lelaki dah call banyak kali sbb pengantin lelaki pun tak siap lagi. dan2 dia hantar ntah sapa suruh make up i pas tu boleh dia pandai make up je pas tu dia tatau nak pakai tudung, crown dan segala bagai lagi... pas tu make up pun bukan seperti make up yg dijanjikan. tak ko rasa nak mengamuk masa majlis tu?

sungguh pun gitu alhamdulillah majlis berjln lancar walau dlm hati tuhan je tahu betapa sakitnya hati. to that mak andam gila i panggil. sampai sekarang i tak halalkan duit yg u ambik tu dan i tak doakan yang baik2 utk u. ingat... kalau hidup dgn duit orang tak halalkan hidup ko tak kan senang. bukan i sorang je mendoakan mcm ni kat u ye mak andam gila. ramai lagi orang yang terkena mcm i doakan benda yang sama jugak untuk u.

even ada part2 yg tak best semasa majlis tapi alhamdulillah majlis berjalan lancar dan disambung pula dgn majlis menyambut menantu di sabah. mak andam gila sudah di book utk majlis di sabah juga yes dear we paid for her ticket. muka yang tak tau malu tu datang rumah i mintak ticket kapal terbang. masa tu tak mau kecoh lagi. elok je sampai sabah dia leh tergedi2 ngan my family semua ala2 cam tak der buat salah masa majlis kat kluang. since majlis di sabah belum bermula.. so no one said anything to this mak andam gila.

habis majlis kat sabah u know what.. this mak andam gila mampu kay ketuk bilik hotel my parents request for the balance lagi 20%. hah.. nak kena haruk la kan... my mom call me to come to the hotel to settle with this mak andam gila. apa lagi i pun hamburkan segala macam marah yg dah simpan seminggu tu kan. tak berani angkat muka mak andam gila ni but my abah being rational bayar juga sikit kat mak andam gila ni.

esoknya masa nak balik semula ke johor mak andam gila tak berani jumpa my family members. bf dia je yg datang kat my parents minta maaf dan minta halal. amboi senang ye mintak halal?? abah and mak being haji and hajjah mestilah baik kan but with me.. sorry mak andam gila... sampai mati pun i tak kan maafkan u merosakkan majlis besar seumur hidup i. jangan nak kata alang nabi maafkan umat.... memang betul siapalah i tak nak maafkan orang kan tapi sakit hati i lom hilang lagi walau dah almost 4 years. album kahwin masa majlis resepsi kat rumah i pun i tak suka tgk. i suka tgk gambar2 masa majlis khatam, nikah dan majlis kat sabah je.

apa pun itu sebahagian dari kisah kehidupan kami.... high and low semua kami lalui bersama.. roch being so responsible husband and i ask Allah memberkati perkahwinan ini hingga ke akhir hayat. thank you bee for being such a wonderful husband all these years and for many more years to come. 7 years ago :D


err...now :P :P :P tak yah gambar :P :P :P