tak banyak nak diceritakan hari ni. hari selasa lepas aku tak dtg office. masa bangun tido pagi kepala aku rasa berat yang amat sgt dan sgt berbisa rasanya. actually memang ada bengkak pun di belakang telinga dan kepala aku. besar sgt benjolan tu. dah g klinik masa aku balik johor weekend lepas. doktor kata tak der apa2 cuma infection mungkin sbb aku baru gunting rambut kat kedai tu tak bersih agaknya gunting dan sikat yang digunakan. dah mkn antibiotik dah sapu ubat tapi tak surut2 malah makin sakit berdenyut. doktor kata ada kaitan dengan limp node (betul ke ejaan) maknanya dari bahagian leher ke atas.
auntie aku (tempat aku tinggal di gombak skrg ni) risau sbb aku selalu mengadu sakit kepala. so dia kenalkan aku ngan satu rawatan "Acupuncture". rawatan ni dilakukan di rumah sepasang doktor ni kat jek ngan umah auntie aku di gombak. cuak gak nak try coz aku tak pernah jalani rawatan mcm ni sebelum ni.
masa aku datang doktor perempuan yg entertain. dia tanya history penyakit aku dan sebagainya. then dia tgk melalui urat di mata. ada la mcm kanta tu utk dia tgk urat2 mata aku tu. dari situ dia tau aku pernah terhentak dgn kuat dibahagian kepala. eh dah lama kesan tu masih ada agi.
kesan tu masa aku accident masa umur 11 tahun. aku terpelanting dilanggar motorsikal menyebakan kepala aku benjol di bahagian tengah. sakit woo :(. semuanya berpunca dari situ walau dulu masa x-ray doktor kata tak der apa2 tapi kesan nya kini. liver and colon aku tak berapa sihat katanya begitu juga eye sight dan aku sering rasa "dizzy". benda2 ni terjadi kesannya sekarang bila mana aku semakin "muda" :D. tanpa aku bagi tau doktor pun tau bahawa tisu kaki aku pernah terkoyak/melecet semasa outdoor activity. doktor tu juga tau aku kerap demam (almost setiap minggu). semua remarks tu ada kat urat mata rupanya.
for the time being, doktor tak buat acupuncture lagi sebab dia kata kena buat kajian dulu dari apa yang dia periksa. so another appointment will be next week. cuma doktor bagi 2 jenis ubat "Homeopathy ". ubat2 ni aku kene makan berselang seli setiap 2 jam hingga jam 11 malam (sebelum tido). letih memang nak kene ingat setiap 2 jam telan ubat. tapi nak baik punya pasal coz doktor kata kalau tak dirawat dari sekarang kesannya nanti berpanjangan sampai belum aku tua tapi dah tak larat nak berjalan dan sebagainya (tua sebelum usia).
doakan aku sihat hendaknya. mudah2an rawatan ini sesuai utk aku sbb aku dah jenuh berubat sana sini. semoga sihat la hendaknya.