minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk sepanjang dah masuk minggu ke empat aku praktikal kat sini. selalunya akunya weekly report pendek jek tapi utk minggu lepas panjang sungguh. banyak kerja and i am happily doing it. why?? coz tak derla aku melanguk jek tak der buat apa2. aku balik umah gak hujung minggu lepas since cuti panjang. balik semula KL on monday terus jumpa naza. gi mkn tghari ngan naza kat secret recipes, sogo. naza yang belanja. thank you very much naza. jasa mu dikenang. lain kali belanjalah aku lagi ;)
hah entry yg agak peribadi di sini. hmmm... dalam diam kita ditikam dalam diam kita dijatuhkan. best jek org buat kita cenggitu kan. kadang2 kita tak sangka org yang paling hampir dlm hidup kita tu la yang akan menjahanamkan diri kita. dalam diam dia fitnah kita dalam diam dia kutuk kita. sakitnya hati bila kita sedar semua sudah terlambat. semua orang disekeliling kita dihasutnya membenci kita. kalau dulu suatu masa kawan sekarang ni saja dijadikan tempat untuk mencari pasal. abah kata "tu la baik sangat tgk mcm mana sekarang." mak pula kata, "dari dulu mak dah kata jangan baik sangat. dia susah kau nak tlg sgt. masa kau susah liat jek dia nak tlg kan. kalau tlg pun utk ganjaran. ada dia nak backing kau ker susah sama2 dgn kau jugak? ada??" betul cakap mak betul cakap abah tapi apa salah aku pada dia sampai dia nak buat aku macam tu. kalau dia susah insyaallah tidak keberatan aku tolong selagi terdaya. sakitkan hatinya jauh sekali sebab aku hormat dia sebagai kawan aku. apalah lagi salahnya. aku rindu saat2 kemanisan sebagai seorang kawan. sekarang semuanya lenyap begitu sahaja. sayangnya sebuah persahabatan. mungkin jodoh sebagai sahabat setakat itu sahaja?

catatan: aku sangat sayangkan semua kawan2 aku tak kira la rapat ke jauh ker semuanya aku sayang dan bukan setakat sayang juga aku hormat. thanks friends... aku berharap semuanya kembali normal setelah aku pulih dari luka yang sangat dalam suatu ketika dahulu.

Buka Mata

Sepanjang kau janji 'tuk setia
Tak 'kan goyah pendirianmu
Berbekal percaya, kau mampu bertahan
Di tengah gejolak hasrat mudamu
Karena kilaunya nafsu dunia
mampu merubah semua dalam sekejap
tegarnya karang,
besarnya harapan
tersapu gelombang yang menghadang
Segera buka mata
pasang telinga
Coba 'tuk waspada dan jangan terlena
Bertebaran bujuk rayuan
manis wajah menyimpan angkara
Pandang ke tujuanmu, kita ke sana
Segala takut itu buang
Dengan berani engkau 'kan menang
Terkadang alpa diri
hasrat ingin berhenti
Begitu lelah dan penat di sekujur jiwamu
Namun menjelang suka
akan tiba saatnya
Tuai buah bernas cita-cita melimpah

sajak nukilan Katon Bagaskara
lamanya tak update blog ni. serius tak der masa sejak 26 mac ari tu. lepas dinner dah bz ngan study week. masa study week sah2 la bz ngan study utk final kan. then lepas study week bz ngan exam plak. masa exam week bleh plak bz pasal tempat praktikal. going out for interview and alhamdulillah settle gak. lepas exam sort of banyak benda. kemas barang nak kena move from hostel. then balik rumah. still bz gak unpack all my things and then rearrange the room where to put all things then bz plak dengan rumah baru mak kat kampung kat pontian tu kebetulan palk bila abis sem ni umah mak siap, kenduri agi kat kampung kat umah baru dan bz dgn carik tempat tinggal utk praktikal ni. praktikalnya kat KL. betul2 kat tgh bandar KL ni. best? oklah best tempatnya. mengadap klcc tgh bandar. pagi punyala sibuk. oh begini kehidupan di KL!
start dah praktikal kat Felda Prodata. aku ditempatkan kat human resource and training department. oklah so far aku enjoy sejak 3 mei ari tu la. aku sorang jek dak MMU yg praktikal kat sini then aku sorang jek kat bawah department human resource and training ni. aku ditempatkan bawah kak fuzz. oklah akak ni lex2 jek kerja ngan dia.
hari pertama masuk. aku datang awal. cik tom hantar aku. cik tom tu kawan lama abah sejak aku kecik2 agi dah kenal pak cik ni. aku tinggal ngan family dia kat gombak. dapat satu bilik lagi dia bagi. terima kasih banyak2. cik tom ni pengarah besar kat felda jugak. so segan plak aku gi kerja ngan dia. masuk kul 8.15 tapi aku sampai awal.
masuk2 jek terus jumpa kak elena and dia present kat aku pasal prodata. bla bla bla bla then aku kene jumpa encik hasman, boss human resource and traning department. dier explain kat aku pasal kerja kat sini and all the rules. ok gak la. sejam lebih aku terkurung jap dlm bilik encik hasman sbb encik hasman kena keluar jap jumpa CEO. jap???? hahaha memang takla kalau dah sejam tu. lepas tu aku dibawa berjalan satu office ni kenal ngan semua org dlm Felda Prodata not only my department but all department. ramai gak ada la 50 lebih tapi i dun even remember their names :P. tapi aku taula derang buat apa dan kalau ada masalah aku nak jumpa siapa. itu jek yang penting. terus dibawa ke tempat duduk aku. very nice i have my own PC and own table. not like other trainee ada yang tak dapat their own chairs and table. ada yang kena share. bertuahnya aku.
kerja pertama aku ari ni ialah buat report e-learning progress utk staff kat sini. derang ada cam e-learning task la kene buat. aku cam demam ari ni sbnrnya.. mlm sebelumnya badan aku panas then aku pening kepala yg amat sangat. satu hari aku buat report ni tak siap sbb system tak talley and so and so byk sgt kali aku kena redo report ni. apa nak buat inilah kerja. sampai habis waktu kerja aku still tak siap gak report ni. ari ni aku balik ngan kak mas. kak mas ni kawan anak cik tom.. kak wani. kak wani pun sama kerja kat felda gak cuma bahagian lain. dari 3 mei sampai 6 mei aku tumpang rumah kak mas ni kat bukit antarabangsa sebab cik tom ngan kak wani dedua outstation so utk memudahkan aku gi kerja nanti tumpangla umah kak mas ni. kak mas and her housemate ok. siap derang ni promote agi derang jual kainla tudungla. macam2 org perempuan ni :).
hari kedua sampai jak pagi tu aku terus jek siapkan report e-learning tu. target aku nak siapkan before break kul 10. alhamdulillah siap gak akhirnya memang pening sbb nak selaraskan ngan system la apa la . hey macam2. rupanya macam ni kerja. lepas submit kerja aku tak der benda nak buat. bosan yang amat! dah nak balik kul 4.30 barulah encik hasman datang bagi aku KIT MAKLUMAT PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD. ada 8 buah buku dalam tu tebal setiap satu about 30 pages. studyla benda alah tu. dah nak balik kak fuzz bagi kerja suruh buat course outline utk senior manager ker apa ntah. aku buat jek la. sebelum balik sempat siapkan kerja. office hour habis kul 5.15.
hari ketiga which is today. sampai pagi2 aku tak der kerja. aku sambung baca kit maklumat tu. aku baru habiskan 2 buku ada baki lagi 6 buku. mcm2 term baru aku belajar PROLUS la PERLA la. ok gak pengetahuan baru utk aku. cuma aku tak paham pasal levi2 jek itu kene tanya encik hasman. encik hasman kata kalau tak paham tanya. pagi ni aku kene buat email reminder to all staff pasal e-learning ni derang diberi tempoh agi utk habiskan syllibus masing2. kejap jek buat email tu just create a nice and remembered words :P. faham maksudnya? maksudnya kalau derang tak buat nanti respective manager derang panggil la derang. oh ari ni gak sebaik sahaja aku dapat pc baru (sebelum ni guna windows 98..can u imagine? :P) elok jak tukar pc baru aku dapat kerja baru. kene buatkan report utk hantar ke bahagian email ni utk buat group e-learning. erkk bosan tul kerja yg ni sbb aku kene carik nama satu2 juga contact satu2. buat satu2 tak leh nak main copy paste jak. grrrrrr.... so aku nak sambungla buat kerja ni. waktu break lunch dah habis. akhirnya berjaya gak aku update blog ni ;)