lamanya tak update blog ni. serius tak der masa sejak 26 mac ari tu. lepas dinner dah bz ngan study week. masa study week sah2 la bz ngan study utk final kan. then lepas study week bz ngan exam plak. masa exam week bleh plak bz pasal tempat praktikal. going out for interview and alhamdulillah settle gak. lepas exam sort of banyak benda. kemas barang nak kena move from hostel. then balik rumah. still bz gak unpack all my things and then rearrange the room where to put all things then bz plak dengan rumah baru mak kat kampung kat pontian tu kebetulan palk bila abis sem ni umah mak siap, kenduri agi kat kampung kat umah baru dan bz dgn carik tempat tinggal utk praktikal ni. praktikalnya kat KL. betul2 kat tgh bandar KL ni. best? oklah best tempatnya. mengadap klcc tgh bandar. pagi punyala sibuk. oh begini kehidupan di KL!
start dah praktikal kat Felda Prodata. aku ditempatkan kat human resource and training department. oklah so far aku enjoy sejak 3 mei ari tu la. aku sorang jek dak MMU yg praktikal kat sini then aku sorang jek kat bawah department human resource and training ni. aku ditempatkan bawah kak fuzz. oklah akak ni lex2 jek kerja ngan dia.
hari pertama masuk. aku datang awal. cik tom hantar aku. cik tom tu kawan lama abah sejak aku kecik2 agi dah kenal pak cik ni. aku tinggal ngan family dia kat gombak. dapat satu bilik lagi dia bagi. terima kasih banyak2. cik tom ni pengarah besar kat felda jugak. so segan plak aku gi kerja ngan dia. masuk kul 8.15 tapi aku sampai awal.
masuk2 jek terus jumpa kak elena and dia present kat aku pasal prodata. bla bla bla bla then aku kene jumpa encik hasman, boss human resource and traning department. dier explain kat aku pasal kerja kat sini and all the rules. ok gak la. sejam lebih aku terkurung jap dlm bilik encik hasman sbb encik hasman kena keluar jap jumpa CEO. jap???? hahaha memang takla kalau dah sejam tu. lepas tu aku dibawa berjalan satu office ni kenal ngan semua org dlm Felda Prodata not only my department but all department. ramai gak ada la 50 lebih tapi i dun even remember their names :P. tapi aku taula derang buat apa dan kalau ada masalah aku nak jumpa siapa. itu jek yang penting. terus dibawa ke tempat duduk aku. very nice i have my own PC and own table. not like other trainee ada yang tak dapat their own chairs and table. ada yang kena share. bertuahnya aku.
kerja pertama aku ari ni ialah buat report e-learning progress utk staff kat sini. derang ada cam e-learning task la kene buat. aku cam demam ari ni sbnrnya.. mlm sebelumnya badan aku panas then aku pening kepala yg amat sangat. satu hari aku buat report ni tak siap sbb system tak talley and so and so byk sgt kali aku kena redo report ni. apa nak buat inilah kerja. sampai habis waktu kerja aku still tak siap gak report ni. ari ni aku balik ngan kak mas. kak mas ni kawan anak cik tom.. kak wani. kak wani pun sama kerja kat felda gak cuma bahagian lain. dari 3 mei sampai 6 mei aku tumpang rumah kak mas ni kat bukit antarabangsa sebab cik tom ngan kak wani dedua outstation so utk memudahkan aku gi kerja nanti tumpangla umah kak mas ni. kak mas and her housemate ok. siap derang ni promote agi derang jual kainla tudungla. macam2 org perempuan ni :).
hari kedua sampai jak pagi tu aku terus jek siapkan report e-learning tu. target aku nak siapkan before break kul 10. alhamdulillah siap gak akhirnya memang pening sbb nak selaraskan ngan system la apa la . hey macam2. rupanya macam ni kerja. lepas submit kerja aku tak der benda nak buat. bosan yang amat! dah nak balik kul 4.30 barulah encik hasman datang bagi aku KIT MAKLUMAT PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD. ada 8 buah buku dalam tu tebal setiap satu about 30 pages. studyla benda alah tu. dah nak balik kak fuzz bagi kerja suruh buat course outline utk senior manager ker apa ntah. aku buat jek la. sebelum balik sempat siapkan kerja. office hour habis kul 5.15.
hari ketiga which is today. sampai pagi2 aku tak der kerja. aku sambung baca kit maklumat tu. aku baru habiskan 2 buku ada baki lagi 6 buku. mcm2 term baru aku belajar PROLUS la PERLA la. ok gak pengetahuan baru utk aku. cuma aku tak paham pasal levi2 jek itu kene tanya encik hasman. encik hasman kata kalau tak paham tanya. pagi ni aku kene buat email reminder to all staff pasal e-learning ni derang diberi tempoh agi utk habiskan syllibus masing2. kejap jek buat email tu just create a nice and remembered words :P. faham maksudnya? maksudnya kalau derang tak buat nanti respective manager derang panggil la derang. oh ari ni gak sebaik sahaja aku dapat pc baru (sebelum ni guna windows 98..can u imagine? :P) elok jak tukar pc baru aku dapat kerja baru. kene buatkan report utk hantar ke bahagian email ni utk buat group e-learning. erkk bosan tul kerja yg ni sbb aku kene carik nama satu2 juga contact satu2. buat satu2 tak leh nak main copy paste jak. grrrrrr.... so aku nak sambungla buat kerja ni. waktu break lunch dah habis. akhirnya berjaya gak aku update blog ni ;)

1 comments:

Anonymous said...

salam awak..boleh x nak tnya masa awak intern kt prodata awak stay mana ye?rumah sewa ke?