lama giler aku tak update blog. why?? yupss bz ngan praktikal skrg dah habis praktikal, bz buat report dan prepare utk presentation.
nak dijadikan cerita seminggu sebelum habis praktikal aku kene tahan wad kat hopital pakar utama johor. memula aku asyik demam jek then bila balik kerja pening sgt kepala sampai muntah2, tido tak ingat nya lama macam tak sedar. sampaila satu hari auntie aku bawak ke klinik semula (setelah banyak kali gi klinik) then doktor ambik darah and suspect denggi.
after dpt result doktor suh masuk hospital tapi aku tak nak masuk hospital kat kl so dlm demam2 dan tak larat aku balik johor naik bas sebab kalau nak suh abah dtg ambik buang masa plak perjalanan. sampai je bus stand, abah ambik terus bawa ke klinik yg selalu aku gi klinik sapa?? "klinik dr. ahmad" (ckp cam budak tadika skit). then sampai jek klinik doktor terus cucuk kat tgn masukkan air satu botol sbb aku lemah sgt. then dibenarkan balik rumah and esok paginya disuruh datang ke klinik sekali lagik utk buat ujian darah. malangnya ujian darah aku platelet darah makin rendah. normal 150000, masa aku kat check kat kl platelet darah ialah 126000 dan pagi tu aku ci check dalam satu malam jek drop ke 112000 which aku kene admit ke hospital.
erghh hospital sangat bosan ok walau pun hospital pakar. kalau dah namanya hosital memangla sgt membosankan. doctor check2 agi ambik darah setiap hari sehingga bengkak tangan aku kene cucuk. nurse kejut setiap 4 jam kul 4 pagi pun kena kejut benci betul aku. then doktor kata (baca dlm loghat org cina ckp melayu), "kita sudah check awak tiada denggi tapi kena jangkitan virus. virus ada beribu2 virus dan kita tidak dapat pastikan virus apa. awak minum banyak air dan jgn lupa makan dengan cukup. berehat dan tido ye. awak juga asyik demam dan kadang2 ok. ini tidak berapa baik sbb virus itu ada dalam badan dan di mana2. kadang2 nanti awak rasa sakit perut, sakit badan, pening dan sebagainya itu tandanya ada virus." whatever la doktor. setiap kali dia datang dia akan ckp benda yg sama. sampai aku dah muak nak dengar. hari ke tiga aku mintak balik. dah la makanan tak sedap. abah kene antar mknan setiap kali waktu makan sebab aku tak makan makanan hospital. la katanya pakar tapi mknan masyaallah.
doktor tak kasik balik sebab aku masih lemah tapi aku nak balik gak leh tgk CSI kat astro bleh jek layan tv suka2 hati tapi kat hospital kene consider rumet2 aku yg org2 tua juga cina2 yg sgt bising. tak der choice hospital penuh aku kene dok sebilik 4 org.
aku mintak balik awal pun sbb aku nak gi office minggu depan tu sebab nak settlekan hal aku kat office. doktor bagi aku cuti almost satu bulan sebenarnya. so aku gi office pun half day jek sbb masih under MC. derang bg hadiah mcm2 sbb aku dah habis praktikal. derang suh dtg balik sebab nak belanja aku makan katanya. insyaallah sebab aku pun lom present system yg aku buat utk company agi sbnrnya. derang semua sgt baik dan hadiahkan aku mcm2. thank you very much u all are so lovely and kind sepanjang aku berada kat sana selama 4 bulan. masa aku sakit pun derang sgt concern utk sms dan call. thanks a lot. belanja makan every month, bawa gi course and traning. mcm2 ilmu aku dapat dan ni pun di offer utk join training derang agi.thanks a million.
oklah nanti aku cerita lagi. sorry my dear blog sebab lama tak update.
tak banyak nak diceritakan hari ni. hari selasa lepas aku tak dtg office. masa bangun tido pagi kepala aku rasa berat yang amat sgt dan sgt berbisa rasanya. actually memang ada bengkak pun di belakang telinga dan kepala aku. besar sgt benjolan tu. dah g klinik masa aku balik johor weekend lepas. doktor kata tak der apa2 cuma infection mungkin sbb aku baru gunting rambut kat kedai tu tak bersih agaknya gunting dan sikat yang digunakan. dah mkn antibiotik dah sapu ubat tapi tak surut2 malah makin sakit berdenyut. doktor kata ada kaitan dengan limp node (betul ke ejaan) maknanya dari bahagian leher ke atas.
auntie aku (tempat aku tinggal di gombak skrg ni) risau sbb aku selalu mengadu sakit kepala. so dia kenalkan aku ngan satu rawatan "Acupuncture". rawatan ni dilakukan di rumah sepasang doktor ni kat jek ngan umah auntie aku di gombak. cuak gak nak try coz aku tak pernah jalani rawatan mcm ni sebelum ni.
masa aku datang doktor perempuan yg entertain. dia tanya history penyakit aku dan sebagainya. then dia tgk melalui urat di mata. ada la mcm kanta tu utk dia tgk urat2 mata aku tu. dari situ dia tau aku pernah terhentak dgn kuat dibahagian kepala. eh dah lama kesan tu masih ada agi.
kesan tu masa aku accident masa umur 11 tahun. aku terpelanting dilanggar motorsikal menyebakan kepala aku benjol di bahagian tengah. sakit woo :(. semuanya berpunca dari situ walau dulu masa x-ray doktor kata tak der apa2 tapi kesan nya kini. liver and colon aku tak berapa sihat katanya begitu juga eye sight dan aku sering rasa "dizzy". benda2 ni terjadi kesannya sekarang bila mana aku semakin "muda" :D. tanpa aku bagi tau doktor pun tau bahawa tisu kaki aku pernah terkoyak/melecet semasa outdoor activity. doktor tu juga tau aku kerap demam (almost setiap minggu). semua remarks tu ada kat urat mata rupanya.
for the time being, doktor tak buat acupuncture lagi sebab dia kata kena buat kajian dulu dari apa yang dia periksa. so another appointment will be next week. cuma doktor bagi 2 jenis ubat "Homeopathy ". ubat2 ni aku kene makan berselang seli setiap 2 jam hingga jam 11 malam (sebelum tido). letih memang nak kene ingat setiap 2 jam telan ubat. tapi nak baik punya pasal coz doktor kata kalau tak dirawat dari sekarang kesannya nanti berpanjangan sampai belum aku tua tapi dah tak larat nak berjalan dan sebagainya (tua sebelum usia).
doakan aku sihat hendaknya. mudah2an rawatan ini sesuai utk aku sbb aku dah jenuh berubat sana sini. semoga sihat la hendaknya.
alhamdulillah hari ni genap la usia perkahwinan mak dan abah selama 30 tahun. syukur atas rahmatnya dapatlah keluarga aku hidup dalam keadan aman damai bahagia dan seadanya. aku bersyukur dilahirkan dalam family yang boleh aku katakan sempurna dan cukup segalanya. syukur ya allah atas rahmat-Mu. mudah-mudahan allah memberkati keluarga aku dan sembuhkanlah mak aku dengan segera dan semoga keluarga aku terus aman dan bahagia.

**** 12 julai 2005 genap usia arwah abg im 29 tahun. alangkah bahagianya sekiranya abg im ada bersama. semoga allah mencucuri rahmat keatas rohnya.. Al-fatihah~
17-19 Jun 2005 ari tu aku gi Genting dgn officemate semua :). ada seminar "basic human resource management". boss kata aku bertuah sbb practical student diberi oppurtunity to go to seminar. bebudak practical lain mana ada gi seminar ke apa ker. dok jek la kat office tu. thanks boss :). bukan setakat seminar ditanggung, mkn minum tempat tinggal bla bla bla semuanya dapat sama mcm permenant staff. thanks again to boss ;). erkk nak citer panjang ni tgk gambar la ek ;)
_____________________________________________________________________________________
17 Jun 2005: gerak dari office kul 2.45p.m. naik van KIA yg disewa khas terus sampai genting dlm kul 4p.m. check in hotel.ready for indoor park ;).at nite have dinner together.. free & easy time. "lepak"ing with officemates (single only) with boss @ park. sejuk giler ggggrrrrrrrr..... KL view from top... serius cantik. tak caya?? tgk gambar bawah ni ;)


::ready from office @ my cubic::



::KL view @ nite::


18 Jun 2005: pagi kene bgn utk breakfast and seminar. me, kak lia, abg izaham and darul are the coordinators so kiterang kene gerak awal lagi. about 8.30 seminar start tapi ada masalah teknikal so start lambat skit. boss dah tarik muka (woohoo cuak part ni coz boss very punctual one la!) seminar habis about 5.30p.m alhamdulillah semuanya gerak lancar and boss kata dia puas hati. alhamdulillah. tq and ampun boss :)


::backdrop :P::



::in da seminar room ::



::after seminar::




::after seminar with Mr. Roa::



::outside seminar room::


after seminar rush for solat and time for snow world ;) grrrrr sejuk!


::HR Department Team @ Snow World [back from left: abg izaham, boss & darul; middle from left: kak lia, kak chak, kak fuzz, me & kak aiza; front from left: kak zu, abg mistri, kak leen & kak herda]::




::leaving soon; back from left: abg izaham, boss, front from left: kak zu,kak aizah & kak lia & me::


at nite we have HR dinner and bowling tournament :D


::i am ready to bowl!::




::waiting for turn to bowl::


later on we have supper with boss and co-ordinators nite out ;) we watch batman begin together with boss. going back to hotel @ 4a.m


::supper with boss::


19 Jun 2005: co-ordinators wake up late :P. but it's ok coz today is just outdoor theme park activity. tgk gambar jek la ek malas nak citer ;)


::outdoor theme park view from theme park skyway::



::single but no more available (the baby only available) :P::



::me @ flying coaster after try it ;)::



::i am driving the antique car :P::


having lunch at 12.30p.m time for shopping and at 3.00p.m ready for extreme show at the pavillion genting. i really enjoyed the show (sorry no photo allowed to snap)best giler the extreme show. ada acrobatic show, motorcycle and many2 more including international dance performance. cool!

going back at 5.30p.m masing2 tido dlm van coz penat sgt. i take MC on monday coz demam (penat sgt + tak cukup tido). i do really enjoy the HR seminar trip. tq very much to all of the HR's TEAM.
ampun.... sibuk sangat2 sejak akhir2 ni. teringin juga nak update blog tapi apakan daya hanya sempat baca blog kawan2 shj. minggu ni saja aku telah membatalkan appointment ngan Malaysian Institute of Management (MIM) sebanyak 2 kali tidak termasuk minggu lepas sekali. kesian dengan Miss Muareen. Minggu lepas dah cantik2 buat appointment.. boss pulak gout. nak wat cam ner boss sakit. minggu ni dah elok buat appointment, aku plak bz dgn projek PERKESO tapi still manage utk buat appointment tapi boss plak kene jumpa Executive Director (ED). dah set date lain on thursday morning. hope boss ok janganlah cancel lagi. aku takut sgt lama2 nanti miss maureen tu emo plak.
semalam dan hari ni aku dan team project yg lain akan berkurung lagi kat dalam lab utk siapkan projek utk present pd PERKESO next week. kena update system bahagian HR ---> Training & Development. pening gak mula2 belajar system ni namanya System Application Procedures (SAP). salah key in susah nak betulkan semula. kalau silap delete habis ko delete semua data. erghhhh tertekan satu2 training nak siapkan ambil masa lebih kurang 45 minit. kalau ada sampai 20 training? kira jekla sendiri. very tedious have to be careful. satu salah semua salah.
sepatutnya kene stayback sampai siap kerja sbb diberi satu hari jek utk key in. but i am sorry boss saya ni tinggal menumpang rumah orang tak kan saya nak balik lambat. dah la balik kerja pun menumpang orang. maafkan saya boss. tapi pagi saya datang awal 6.45 saya dah sampai ;). excuse ye boss ya ampun saya siapkan secepat yang mungkin. nasib baik boss faham. dia bagi extra one more day to finish up. tq boss ;). erkk boss elaun kasik ka? lalalalala.....
ok got to go now have to start work. till here entah bila boleh update lagi. doakan projek ni success and PERKESO wanted to buy the systems ;)
minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk sepanjang dah masuk minggu ke empat aku praktikal kat sini. selalunya akunya weekly report pendek jek tapi utk minggu lepas panjang sungguh. banyak kerja and i am happily doing it. why?? coz tak derla aku melanguk jek tak der buat apa2. aku balik umah gak hujung minggu lepas since cuti panjang. balik semula KL on monday terus jumpa naza. gi mkn tghari ngan naza kat secret recipes, sogo. naza yang belanja. thank you very much naza. jasa mu dikenang. lain kali belanjalah aku lagi ;)
hah entry yg agak peribadi di sini. hmmm... dalam diam kita ditikam dalam diam kita dijatuhkan. best jek org buat kita cenggitu kan. kadang2 kita tak sangka org yang paling hampir dlm hidup kita tu la yang akan menjahanamkan diri kita. dalam diam dia fitnah kita dalam diam dia kutuk kita. sakitnya hati bila kita sedar semua sudah terlambat. semua orang disekeliling kita dihasutnya membenci kita. kalau dulu suatu masa kawan sekarang ni saja dijadikan tempat untuk mencari pasal. abah kata "tu la baik sangat tgk mcm mana sekarang." mak pula kata, "dari dulu mak dah kata jangan baik sangat. dia susah kau nak tlg sgt. masa kau susah liat jek dia nak tlg kan. kalau tlg pun utk ganjaran. ada dia nak backing kau ker susah sama2 dgn kau jugak? ada??" betul cakap mak betul cakap abah tapi apa salah aku pada dia sampai dia nak buat aku macam tu. kalau dia susah insyaallah tidak keberatan aku tolong selagi terdaya. sakitkan hatinya jauh sekali sebab aku hormat dia sebagai kawan aku. apalah lagi salahnya. aku rindu saat2 kemanisan sebagai seorang kawan. sekarang semuanya lenyap begitu sahaja. sayangnya sebuah persahabatan. mungkin jodoh sebagai sahabat setakat itu sahaja?

catatan: aku sangat sayangkan semua kawan2 aku tak kira la rapat ke jauh ker semuanya aku sayang dan bukan setakat sayang juga aku hormat. thanks friends... aku berharap semuanya kembali normal setelah aku pulih dari luka yang sangat dalam suatu ketika dahulu.

Buka Mata

Sepanjang kau janji 'tuk setia
Tak 'kan goyah pendirianmu
Berbekal percaya, kau mampu bertahan
Di tengah gejolak hasrat mudamu
Karena kilaunya nafsu dunia
mampu merubah semua dalam sekejap
tegarnya karang,
besarnya harapan
tersapu gelombang yang menghadang
Segera buka mata
pasang telinga
Coba 'tuk waspada dan jangan terlena
Bertebaran bujuk rayuan
manis wajah menyimpan angkara
Pandang ke tujuanmu, kita ke sana
Segala takut itu buang
Dengan berani engkau 'kan menang
Terkadang alpa diri
hasrat ingin berhenti
Begitu lelah dan penat di sekujur jiwamu
Namun menjelang suka
akan tiba saatnya
Tuai buah bernas cita-cita melimpah

sajak nukilan Katon Bagaskara
lamanya tak update blog ni. serius tak der masa sejak 26 mac ari tu. lepas dinner dah bz ngan study week. masa study week sah2 la bz ngan study utk final kan. then lepas study week bz ngan exam plak. masa exam week bleh plak bz pasal tempat praktikal. going out for interview and alhamdulillah settle gak. lepas exam sort of banyak benda. kemas barang nak kena move from hostel. then balik rumah. still bz gak unpack all my things and then rearrange the room where to put all things then bz plak dengan rumah baru mak kat kampung kat pontian tu kebetulan palk bila abis sem ni umah mak siap, kenduri agi kat kampung kat umah baru dan bz dgn carik tempat tinggal utk praktikal ni. praktikalnya kat KL. betul2 kat tgh bandar KL ni. best? oklah best tempatnya. mengadap klcc tgh bandar. pagi punyala sibuk. oh begini kehidupan di KL!
start dah praktikal kat Felda Prodata. aku ditempatkan kat human resource and training department. oklah so far aku enjoy sejak 3 mei ari tu la. aku sorang jek dak MMU yg praktikal kat sini then aku sorang jek kat bawah department human resource and training ni. aku ditempatkan bawah kak fuzz. oklah akak ni lex2 jek kerja ngan dia.
hari pertama masuk. aku datang awal. cik tom hantar aku. cik tom tu kawan lama abah sejak aku kecik2 agi dah kenal pak cik ni. aku tinggal ngan family dia kat gombak. dapat satu bilik lagi dia bagi. terima kasih banyak2. cik tom ni pengarah besar kat felda jugak. so segan plak aku gi kerja ngan dia. masuk kul 8.15 tapi aku sampai awal.
masuk2 jek terus jumpa kak elena and dia present kat aku pasal prodata. bla bla bla bla then aku kene jumpa encik hasman, boss human resource and traning department. dier explain kat aku pasal kerja kat sini and all the rules. ok gak la. sejam lebih aku terkurung jap dlm bilik encik hasman sbb encik hasman kena keluar jap jumpa CEO. jap???? hahaha memang takla kalau dah sejam tu. lepas tu aku dibawa berjalan satu office ni kenal ngan semua org dlm Felda Prodata not only my department but all department. ramai gak ada la 50 lebih tapi i dun even remember their names :P. tapi aku taula derang buat apa dan kalau ada masalah aku nak jumpa siapa. itu jek yang penting. terus dibawa ke tempat duduk aku. very nice i have my own PC and own table. not like other trainee ada yang tak dapat their own chairs and table. ada yang kena share. bertuahnya aku.
kerja pertama aku ari ni ialah buat report e-learning progress utk staff kat sini. derang ada cam e-learning task la kene buat. aku cam demam ari ni sbnrnya.. mlm sebelumnya badan aku panas then aku pening kepala yg amat sangat. satu hari aku buat report ni tak siap sbb system tak talley and so and so byk sgt kali aku kena redo report ni. apa nak buat inilah kerja. sampai habis waktu kerja aku still tak siap gak report ni. ari ni aku balik ngan kak mas. kak mas ni kawan anak cik tom.. kak wani. kak wani pun sama kerja kat felda gak cuma bahagian lain. dari 3 mei sampai 6 mei aku tumpang rumah kak mas ni kat bukit antarabangsa sebab cik tom ngan kak wani dedua outstation so utk memudahkan aku gi kerja nanti tumpangla umah kak mas ni. kak mas and her housemate ok. siap derang ni promote agi derang jual kainla tudungla. macam2 org perempuan ni :).
hari kedua sampai jak pagi tu aku terus jek siapkan report e-learning tu. target aku nak siapkan before break kul 10. alhamdulillah siap gak akhirnya memang pening sbb nak selaraskan ngan system la apa la . hey macam2. rupanya macam ni kerja. lepas submit kerja aku tak der benda nak buat. bosan yang amat! dah nak balik kul 4.30 barulah encik hasman datang bagi aku KIT MAKLUMAT PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD. ada 8 buah buku dalam tu tebal setiap satu about 30 pages. studyla benda alah tu. dah nak balik kak fuzz bagi kerja suruh buat course outline utk senior manager ker apa ntah. aku buat jek la. sebelum balik sempat siapkan kerja. office hour habis kul 5.15.
hari ketiga which is today. sampai pagi2 aku tak der kerja. aku sambung baca kit maklumat tu. aku baru habiskan 2 buku ada baki lagi 6 buku. mcm2 term baru aku belajar PROLUS la PERLA la. ok gak pengetahuan baru utk aku. cuma aku tak paham pasal levi2 jek itu kene tanya encik hasman. encik hasman kata kalau tak paham tanya. pagi ni aku kene buat email reminder to all staff pasal e-learning ni derang diberi tempoh agi utk habiskan syllibus masing2. kejap jek buat email tu just create a nice and remembered words :P. faham maksudnya? maksudnya kalau derang tak buat nanti respective manager derang panggil la derang. oh ari ni gak sebaik sahaja aku dapat pc baru (sebelum ni guna windows 98..can u imagine? :P) elok jak tukar pc baru aku dapat kerja baru. kene buatkan report utk hantar ke bahagian email ni utk buat group e-learning. erkk bosan tul kerja yg ni sbb aku kene carik nama satu2 juga contact satu2. buat satu2 tak leh nak main copy paste jak. grrrrrr.... so aku nak sambungla buat kerja ni. waktu break lunch dah habis. akhirnya berjaya gak aku update blog ni ;)
alhamdulillah pd 26 mac 2005 lepas selesai sudah tugas aku sebagai presiden persatuan literasi melayu (PLM). bertempat di taman agrotek ulu langat dengan lafaz bismillah aku meletakkan jawatan sebagai presiden persatuan literasi melayu 2004/2005 dan membubarkan ahli jawatankuasa tertinggi PLM 2004/2005. sebagai director utk majlis makan mlm ni dengan bantuan anis aku memilih taman agrotek ulu langat. simple but nice itulah konsep aku pilih utk dinner ni. semua tetamu yg hadir aku meminta mereka memakai pakaian berwarna putih. konsep garden party makanan dipilih BBQ set. ada ayam, udang galah, daging, ikan, sotong dan mcm2 lagi. aku sangat berpuas hati semua org gembira pd malam tersebut. makanan yg dihidangkan sedap dan suasana kelilig di dalam taman di tepi sungai ngan deruan bunyi sungai dan air dari kolam. semuanya indah... akhirnya aku dapat merasa nikmat hidup ini masih indah.


::ucapan sebelum letak jawatan::


<
::makan time!::



::perfect!::



::princess?? :P::



::lovely in white::

sekarang dah tak sama macam dulu.... dah banyak sgt yg berubah.... mungkin betul kata dia selama ni aku terlalu baik sampai orang pijak kepala aku. ye aku benarkan dulu atas nama hormat dan tidak mahu bertengkar tidak mahu orang sakit hati dengan aku tapi masih juga orang sakit hati pada aku masih juga orang cari pasal dengan aku. kenapa ya? kenapa jadi macam tu? bila aku melawan sedikit aku dimaki hamun bila aku nak tegakkan pendirian aku dia tak pernah sokong aku tapi dia selalu kata aku tak ada pendirian aku tak mahu usaha sendiri aku itu dan ini. arghhhhhh..... sekarang ni semua itu boleh dibungkus dan dibuang lebih layak dibakar sahaja hingga hilang kesannya. aku sekarang nak bangun... nak mendaki semula nak berada semula di mana tempat aku sepatutnya ada..... di puncak hidup aku sekarang ni bukannya jatuh tergolek ke bawah gaung seperti mana dia telah lakukan pada aku. jadilah manusia yg tau mengenang budi, jadilah manusia tahu bersyukur atas nikmat allah berikan dan kesenangan yg kau perolehi atas pengorbanan org lain.