sekarang dah tak sama macam dulu.... dah banyak sgt yg berubah.... mungkin betul kata dia selama ni aku terlalu baik sampai orang pijak kepala aku. ye aku benarkan dulu atas nama hormat dan tidak mahu bertengkar tidak mahu orang sakit hati dengan aku tapi masih juga orang sakit hati pada aku masih juga orang cari pasal dengan aku. kenapa ya? kenapa jadi macam tu? bila aku melawan sedikit aku dimaki hamun bila aku nak tegakkan pendirian aku dia tak pernah sokong aku tapi dia selalu kata aku tak ada pendirian aku tak mahu usaha sendiri aku itu dan ini. arghhhhhh..... sekarang ni semua itu boleh dibungkus dan dibuang lebih layak dibakar sahaja hingga hilang kesannya. aku sekarang nak bangun... nak mendaki semula nak berada semula di mana tempat aku sepatutnya ada..... di puncak hidup aku sekarang ni bukannya jatuh tergolek ke bawah gaung seperti mana dia telah lakukan pada aku. jadilah manusia yg tau mengenang budi, jadilah manusia tahu bersyukur atas nikmat allah berikan dan kesenangan yg kau perolehi atas pengorbanan org lain.

0 comments: