Tahun ni juga tak masal dapat business trip to Dubai... bukan tak suka kena  hantar dek Company... tapikan bukan pergi suka2 pergi ada kerja dan ada KPI u'ollss... ingat boleh bergumbira sangat. dalam tak berapa boleh bergumbira... bergumbira la jugak lepas working hours :D tak banyak gambar diambil dan tak banyak sangat story rasanya satu entry cukup utk trip 12 - 19 October 2012. dah katanya kerja bukan bersuka ria so tak der la byk sgt gambarnya :)

so 12 October 2012 gerak dari klia menaiki pesawat Emirates.. hah ni first time naik pesawat selain dari MAS or Air Asia. Kalau ke mana2 kami prefer MAS kalau banyak uwangnya.... kalau tak byk uwang... Air Asia sudah... meletak kan harapan yang tinggi terhadap Emirates review kata best best aje...

check-in ok no problem... terus ke Mc'D jumpa the team there... huhaaahuhaa kejap n time for boarding... cium2 hubby peluk2 sayang tibalah masanya untuk ditinggalkan selama 8 hari je... bukan lama sangat pun. so naik train ke satellite building. so kita pun naik flight lebih kurang kul 11:00 am gitu.

keadaan dlm flight... biasa2 je.. cuma bestnya entertainment dia best byk movie, music news etc... pilih jek la nak apa...


so ini adalah screen yang disediakan... biasalah layanan dalam flight tak sebagus MAS. In my opinion MAS lagi bagus... tak lama pas tu sampai la first meal...


jeng jeng jeng....



sebelum diaorang bg meal ni dia ada bg la buku menu suruh pilih main course.. masa tu main course nya antara beef n chicken curry dgn roti jala. so i pun pilihla nasi memandangkan perjalanan 6 jam n tadi kat Mc'D tak mkn apa sgt.

to my surprise... huh.. tak sedapnya... beef tu rasa mentah sungguh.. salad prawn tu pun tak sedap.... jamah lebih kurang saja... so then kita tgk movie madagascar 3 dan macam2 movie lg... actually boleh je nak mintak instant noodle kalau rasa lapar.. tp malas... pas tu tak der dh gambar meal dlm flight coz semua tak sedap... tetttttttttttttttttt...

sampai Dubai dgn selamatnya kira2 jam 2:30 ptg waktu Dubai atau pukul 6:30 waktu Malaysia. ok ni nampak tu padang pasir sepasir2nya view dr dlm plane


ni gambar - gambar dari airport ke hotel.. yups kat bawah tu burj al-khalifa




so still awal lagi kita pun settle2 check-in.. out we go babesss.... oleh kerana one of the member in our team ni dah pernah pergi Dubai sebelum ni for the same trade mission so kita pun tidaklah byk buat research... lagi pun i memang super busy dari balik raya cuti raya tu so tak nyempatnya nak buat aktiviti selingan buat itinerary Dubai ni. oh lupa nak cakap kitaorang tinggal kat Pullman Dubai, next to Mall of Emirates... ini adalah view dari bilik kami... yupss nampak Burj Al Arab dari kejauhan...


tempat pertama yang perlu diterjah adalah Naif Road... kita naik metro untuk ke Naif Road tu.. nanti berhenti kat Baniyas Square jalan kaki skit...



hah kat sini pun ada KFC ada Chinese restaurant and etc.. jangan risau coz semuanya halal food kat Dubai ni.. alcohol pun susah nak jumpa kecuali kat hotel


hah tu tgh jalan la dari baniyas square ke naif road....


Naif Road ni katanya famous dengan jubah dan segala macam benda... surprisingly... i tak beli apa sangat pun... i only got one jubah for my husband, one jubah for mak mertua and one jubah for me. itu saja... sebab i tak der mood coz migrain dtg menyerang kat tempat panas dan bersesak skit kat Naif Road tu. masa dinner minum coke satu tin rasa lega sikit and balik hotel terus telan ponstant dan tidur. Basically, Naif Road ni mcm Jalan TAR in KL cuma bezanya... sangat bersih ye. tengok jalan kat atas tu... debu pasir pun susah nak jumpa, lorong2 belakang kedai pun bersih.


oh ye nak beli juga beberapa barang kat sini mcm render lace ni tapikan dia jual minimum 100 yards. apakah nak buat apa banyak2. so tak dpt la membelinya :( geram tgk cantik2 dan tak jumpa kat Malaysia isyhh...



hari berikutnya 13 October 2012 teruslah kita meneruskan misi kita kena bekerja ye kawan2 bukan suka2 saje.. dalam masih sakit kepala telan ponstant lg lepas breakfast.. oh breakfastnya tak der byk choice. sepanjang kat sini i makan benda yang sama everyday.. contoh seperti di bawah:


yupss setiap hari without failed mesti ambik makanan2 di atas dan waffle... tak ambik gambar la plakkk.. dah itu je yg boleh masuk tekak kan... lain2 tu adalah like omelette la.. tapi tidaklah sanggup mkn itu je setiap hari... so basically cereals jek la yg byk dimakan utk breakfast.

pagi di hari sabtu yang tenang... kita pergi ke:


iye kita ada briefing di sini... lepas briefing kita pun ke tempat kerja utk 5 hari berikutnya di sini:


oh ye kat sini weekends adalah Jumaat & Sabtu. So Sabtu tu kita dh pergi tempat exhibition.. so tgk2 tak siap lagi kitaorgnya booth jadi tidak perlulah berlama - lamaan di situ. jom kita jalanla...


since today kita ada almost full day to jalan.. so kitaorg pun decide nak pergi factory outlet mall yang jauh sikit dari town... so kita pun terus ke sana... mula2 ingat tak der nak beli apa sangat... sebab ye la kan cam tak der apa sangat outlet mall nya semua kedai kecik2 je dan campur2 brand. yg ada pun burberry je tapinya tidaklah semurah disangka... walau dh standby sebenarnya utk membeli beberapa... end up i cuma beli kain utk buat seluar kerja for hubby and perfumes. ye saya beli byk sangat perfume sbb murah2 sangat... contohnya macam elizabeth arden 5th avenue style 125ml yang saya sangat suka tu... kat mall lupa plak nak check harganya tapi recently beli kat airport masa balik raya ialah RM188 ke RM180 mcm tu la.. sekali kat dubai is only 100 Dirham which is about RM85 sekali lagi satu kedai tu hanya 90 Dirham which is about RM75. aiayayaiyai... so i grabbed few bottles for me, termasuk celine dion sensational 50ml which is only 60 Dirham so dalam RM50. few bottles for Hubby, adik ipar and jiran kesayangan. huh... perfume je habis about 450 Dirham. tapi berbaloi2 la banyak bottles.

oh lepas tu i jumpa satu kedai yg jual INCA jewelery plated with 24k Gold. do not asked me what is the price i paid for. memang berbaloi sebab rare pieces and it is history :). ala mcm tak kenal baiti.... apa saja yg rare, antique i am willing to pay the price for it. time berduit la.. time tak berduit suka pun kena sabar dan tunggu. this hobby required duit banyak maa... You can check more at this website (INCA). It is replicas of authentic pre-columbian jewels of the Indian Cultures like Calima, TayronaSinú,  Tolima, Quimbaya, etc. Executed in Pewter and Gold Plated 24K. ok do your readings if you want to know more atau tgk history channel selalu je cerita pasal pre-columbian civilization. eh nak cerita pasal lain tercerita pasal lain plak. ok cukup cerita sejarah...

oh sampai ke mlm ye kitaorg kat Dubai Outlet Mall. siap dinner kat sana baru balik.. chehhh memula kata tak der apa sudahnya sampai ke malam pun ko kat sana kan... dasar... :P:P:P


the next day 14 October 2012  bermulalah hari kerja... oh sangat sangap sbb hari pertama memang tak berapa ramainya orang akan datang biasalah opening kan... tapi Ruler of Dubai,  His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum datang.. sayangnya tak nampak dia.. nampak anjing2 dia dari Chihuahua hingga la ke Alaskan dog. anjing2 tu cam buat checking la before The Ruler lalu kat tempat tu....muka dia nampak garang.. korang google la... hihi malas nak letak gambar dia sini sbb garang sangat mukanya. meh tengok muka yang tak garang sgt ni kala senja di Dubai :P


lepas kerja kita pun ke Dubai Mall / Burj Khalifa. Located sebelah menyebelah je.. asalnya nak dinner je kat sini. pas tu jadi adegan shopping light2. biasalah tu kan... oh i don't buy much kat sini.. mahal kot. beli beberapa souvenir (hah Nong masa kat sini aku memang ingat sgt dekat ko) and baju for my anak angkat ku sayang Airis.

hah.. masa on the way dari Dubai Trade Centre kita naik metro.. kebetulan dapat coach yg depan sekali so boleh la kita ambik gambar :)



dinasihatkan lain kali tak payah naik metro ke Dubai Mall. Punyalah jauh berjalan tadi tanya orang kat station tu dekat ke jauh dia kata oh it is nearby mam... walking distance. walking distance ko lah.. bukan aku... punya memaki masa tu bila dah sampai Dubai Mall. bapak  jauh wey... tipu punya orang kata dekat.


dah nama penat jalan so berhenti2 jap la ambik gambar.....

sampai pun depan Dubai Mall



oh ye kat dalam Dubai Mall ni ada Dubai Aquarium & Underwater Zoo. ala macam aquaria kat klcc tu tapi nampak mcm lagi best kat sini.. sayangnya tak sempat masuk pun coz sgt rush kan... rugi2. tak per nanti ada rezeki kita pergi lagi... kan bee???


ni dekat depan pintu keluar H&M. so ni kat tingkat atas.

yang ni kat luar Dubai Mall boleh nampak Burj Khalifa yg disebelahnya saja... tidaklah kami naik ke Burj Khalifa due to time constraints gak. sayang... sayang... x per nanti kita pergi lagi kan.. bee?









pas tu kita pun balik dan tidur sebab penat sangattttt...

the next day, 15 October 2012  pergi kerja lagi... balik dari kerja kita orang pun pergi tempat jauh sikit. namanya Festival City. oh ye lupa nak cakap Dubai ni memang penuh dgn shopping mall here n there... tujuan utama pergi festival city ni sbb nak pergi hard rock cafe je semata... punyala jauh dari city centre sbnrnya ke dekat dgn airport? ntah tak perasan sangat sbb malam je kan jalannya. ohh ada ferrari store kat sini tapi tak masuk pun coz x minat pun merchandise nya ke apa... so gambar di luar cukup.



belilah beberapa helai tshirt kat sini utk diri sendiri, hubby terchenta dan adik kusayang juga untuk jiran yang mencintai barangan hard rock kan.. oh tak lupa juga fridge magnet  utk rumah ku syurga ku.

not good jalan2 terjumpa kedai ni dan terbeli adanya pun.. adoiyaii... budak kat kedai ni kata charm yg ni hanya ada kat middle east saja... so kita pun membelinya la sekalikan balik malaysia gi menjenguk kan diri kat kedai ni ada la plak jual... marah ni... kena tipu tapi tak marahla sbb mmg nak beli pun for my bracelet story. cheyy...


we had dinner kat sini pas tu kitaorg pun balik la ke hotel punya la sengal nak balik ke hotel tu nak cari teksi kena jalan ke another building la plak bersebelahan... jauh ma...

tapi kan kat malaysia tak der kan Gold Market kat Dubai ada woo... tapi tak la kita masuk... kita bergambar kat luar sudah...



tunggu teksi sini... ada hal sikit happened masa tu kitaorg gaduh ngan satu family arab ni berebut teksi. kurang ajar skit arab ni tak nak que tetiba nak potong2 je terus bila teksi sampai... hah.. ko buat pasal ngan orang Malaysiakan... so apa lagi ada kena maki la arab tu ngan kitaorg.. org tunggu teksi kat 45 minit ko ada hati nak potong2. cantik sangat la?seperti biasa balik hotel terbongkang tidur penat sgt.

the next day, 16 October 2012, lepas balik kerja kita lepak kat mall of emirates je sebelah je ngan hotel yg tak pergi2... boleh dok sebelah lalu tetiap hari bila nak gi metro tapi tak pergi2. so kita lepak la di situ mlm tu.... gambar tarrak..

on the 17 October 2012 lepas kerja kitaorg ada appreciation dinner with the SMEs yg my Company bawa for the exhibition and the Matrade. So kita repeat pergi Dubai Mall semula... apakah... tp tak per la sakan gak bergambar lg :P

kalau hari tu kita bergambar kat tingkat atas kali ni kita bergambar kat tingkah bawah pulak... masih lagi di depan  Dubai Aquarium & Underwater Zoo dan masih lagi tak dapat masuk :P


masih lagi di burj khalifa nak gak bergambar...



 oh ye kebetulan juga ada pertunjukan Musical Fountains.. i share the video la tapi kelam kabut sikit dan dari kejauhan.... but i like the music so much:


malam tu appreciation dinner di Red Lobster, Dubai Mall


and... this is my meal for that night Lobster and Scallops benda ntah..


for me tak sedap sgt.. sedap lagi yg i masak hari tu :P. ala yg kat sini tu



terlebih cahaya plak orang yg mkn lobster ni... lepas makan bukan gheti  nak balik terus berjln lah lagi dlm Dubai Mall ni... oh ye kat sini i pun tak sure mall tutup pukul berapa coz pukul 11 pun ada lagi yg bukak ye.. ada yg tutup pukul 10.. tp meriah sesaja la mall2 kat dubai ni.

last day of work on 18 October 2012, a bit loose skit coz KPIs dah meet tinggal nak buat report aje.. yeayy... so basically kita beramah mesra lagi dgn orang2 keliling booth bertukar2 email address and etc. lagi pun dibenarkan pulang awal iaitu jam 5 petang... yeayy... sebelum ni kita balik pukul 7 malam sbb tu berjln lepas kerja mlm sesaja dan ada beberapa jam sahaja.

oh dah last day baru teringin ambik gambar kat metro ni.. cerita pasal metro sikit la... dari segi kekerapan dan kelajuan metro ni boleh tahan la... tak pernah la kitaorg tunggu lebih 10 minit nak dptkan metro. selalunya sampai je station adalah metro. dan yang paling best ada coach khas utk wanita ye... best kan? so kalau ada lelaki termasuk kat coach perempuan ni mak2 arab akan kecoh gile ckp2 bahasa dia la mcm marah2. lelaki yg termasuk tu may be tak perasan tu coach utk wanita sahaja lagi pun dia foreigner pun. so apalah salahnya cakap kan ngan mamat tu bg tau dah salah coach ni tak bising sesama dia je... so kadang kala i baik i cakaplah "excuse me sir. this coach is for ladies. could you move ke coach dpn ke.." hah gitu la tapi i ckp english la tidak la ckp melayu ngan orang putih tu :)


oh dan lagi kalau tidak berperangai senonoh contohnya berpeluk sakan dan berciuman dgn pasangan korang tak kisahlah halal pun sebagai isteri/suami anda akan dihalau keluar dari metro ye at the next station. it is happened at one couple mat salleh ni masa one of my team naik metro balik ke hotel lepas kerja terserempak ngan couple mat salleh ni kena marah ngan pak arab dlm metro dan dihalau keluar.

oh ye kat2 mall pun ada gak cam amaran tidak boleh bercium berpelukan kat dlm mall.. hihihi true la tak kan i nak bohong.. i ambik pamphlet kat mall tu... sbb tu i tau. lupa plak nak ambik gambar/bawa balik pamphlet tu.

so last day ni kita decide nak charter taxi and jln2 sekitar dubai tempat yg jauh2 la... so one of my team member ni memang dah ada contact ngan satu taxi ni nama nya Sampat kot org tu ntah bangsa apa.. lupa plak.. lepas kerja kita balik hotel simpan barang tukar baju and tarraaa.. lepak depan hotel tunggu Sampat pick up kitaorg...

so sementara tunggu bergedik2la depan hotel ambik gambar



punyala berjam tunggu Sampat sekali mamat tu tak kunjung tiba... dasar penipu tul orang2 kat sini la.. so kitaorg decide ambik taxi lain. dah la kitaorg 5 orang so kena cari taxi yg MPV la so cam susah skit la nak dpt taxi but finally dpt la kan..

memula dia bawa pergi area kat Jumeirah Beach.. dah sebab sampai malam.. so apa yg nampak?? sedih betul! so gambar kat Atlantis pun tak cantik mana :( tak perla nanti kita pergi lagi kan bee??






hah kat atas tu Burj Al Arab yang nampak dari kejauhan setiap hari tu kan... so ni dh dekat sikit tapi tetap la jauh juga adanya.. tak dpt la nak masuk kat situ kecuali you ada function kat hotel tu ye...


maafla ye gambar kurang memuaskan baik dr hp yg canggih itu atau pun compact camera nikon. adanya malas mau membawa dslr yg gedabak itu... tak per nanti kita pergi la kan bee?? selepas jalan sekitar dubai tu akhirnya kitaorg decide balik ke hotel dan jalan kat Mall of Emirates je.. lagi pun i have a few things to buy. good news is... All Malls are open 24 hours sempena nak Hari Raya Aidiladha. apakah?? merasalah pukul 2 pagi kat mall lagi kan. last minute shopping. so i bought baklava la, pistachio la, rempah2 la.. dah kata suka masak tentu la tak lupa beli bahan utk masakan juga..


sekilo baklava ku beli :) yummyyy sangattttttttttttttttttt....

bawa2 insaf sikit balik2 la ke bilik dan start packing. kot lagi lama ko kat dalam mall lagi mcm2 barang dibelinya nanti. so kita pun balik bilik dan packing dan tidur.

dan pagi 19 October 2012, last day kita breakfast kat sini... dan mula la ngada2 sorang2 nak nasi lemak la, roti canai la and so on... huwaaaaa... nak balik................. part of me suka lagi nak stay kat dubai ni tak puas jalan kan part of me i miss my hubby so much....


sebelum balik sempat buat drama kat airport la plak...

i was so confident benda2 yg i pack utk cargo and hand carry confirmed tak der masalahnya.... bila dah pack2 i am so worried yang over weight. haii yoo ketakutan yg agak melampau di situ coz my luggage is the biggest among all. so derang mmg budget my luggage extra weight la campur dgn barang2 shopping ko tak hengat tu kan... so masa dah check-in luggage ok tak extra pun each of us carry 26kg je.. so ada extra weight pun tak dernya lebih mana pun. selamat di situ... lega sangat2 coz i am so worried dari mlm sblmnya lagi.

lepas dh check-in tiba  lah masa utk boarding. ni lagi satu hal.. masa kat imigration tu ada banyak lane la kan.. so i choose satu lane kat corner ni.. mcm mana ek nk ckp.. ok mcm ni la.. kat corner tu ada 3 lane utk beratur tp ada 2 counter je yg buka. so i kat tgh2 antara 3 lane tu. so dia panggil sorang2 la lane kiri dan lane kanan tu tp lane tengah dia tak panggil. so kitaorg yg kat situ sorang pun tak jalan2 lagi. so i bg tau dgn orang  kat dpn tu suruh dia jalan je once counter clear. so dia pun jalan je. ok dia lepas.. lepas tu dia panggil lagi lane kiri dan kanan but not lane tengah.. dah beberapa orang ni tetap la dia tak panggil lane tengah. so ada sorang lady ni suruh i jalan masa giliran dia. i cakap tak per la dia panggil u bukan i. but that lady insist suruh i pergi je. i pun pergi la.. i percaya orang immigration tu nampak what happened kan. boleh tak masa i nak jalan tu orang immigration tu marah... dia cam bg signal la (bukan u la.. bg kat lady tu.. u jln buat apa) mcm apakah?? so i tak tau that lady cakap apa dekat immigration tu so lepas tu immigration tu panggil i suruh dtg kat counter. okla.. tapinya mcm menyampah la.. dia masam2 muka pas tu mcm saja buat lambat2 eii.... geramnya aku.... nasiblah malas nak kecoh2 kang ada yang  my team dah tertunggu2 kat depan tu. ok lepas immigration stamped your passport kena scan your hand luggage kan... ok drama ke-2

tu la confident sgt kan masa ko pack malam tu.. i boleh terhand carry glass bottle yang telah diwrap dgn leather. ahahh... tak faham kan? ni hah bendanya yg i terhand carry.


Actually tak la bahaya pun sbb susah nak pecah kalau dah di wrap dgn leather tu. sekalinya kecoh la di situ dia selongkar segala benda dlm my bag. termasuk fridge magnets ada cam tajam2 tu kan Burj Khalifa tu pun ala2 cam tak lepas jugak... alahai... jangan la weyyy all that are the souvenirs for everybody... satu lagi ialah ada satu kotak full of business cards. kotak tu di stapler. so dia cam pelikla apa benda dlm kotak tu. i pun ckpla business cards. dia pun bukak.. dah bukak berterabur la business cards tu. so dia tanya why u have so many business cards. explain la kat dia baru balik program GITEX and all that my business contacts. so pasal botol tu tak lepas2 lagi. i pun dk explain la benda tu rare i cannot get in my country bla bla bla.. lepas tu dia pun tanyala kawan dia lagi sorang boleh tak lepaskan... so kwn dia tanya dia dlm bahasa arab apa benda ntah.. pas tu officer tu ckp "Melezia.. Melezia..." then kwn dia bg isyarat tangan bagi lepas saja... hahaha may be because I am Malaysian ;)

hahahahaha my team members yang dah lepas dok tunggu kat tepi siap tadah tangan baca doa tu... punya takut i sangkut tak dapat balik Malaysia satu hal, kot dia rampas business cards kitaorg.. itulah kitaorg nya business leads... our KPIs.. huhuhu... kalau kena panggil interview kat bilik tu lagi satu hal nasib baik tak kena... so lepas boleh masuk dan masa untuk menghabiskan beberapa ratus dirham yg tinggal tu..

so pergila kat dlm free duty shop ni... so adalah nampak satu beg yg comel ni.. so i wanted to buy for myself la.. coz bila tgk2 barang yg i pack mlm sebelumnya semua utk orang je... lupa plak utk diri sendiri :P (bohong tul! dah ko beli jewelery berapa banyak tu ko tak kira plaknya :P oh yang itu lupa sbb dlm handbag so masa packing tak nampak :P) and i also wanted to get something special for my dearest friend Mimi.

drama yang ke-3, so masa i nak tarik beg tu keluar dari rack, boleh la terlanggar satu mug yg berharga 25 Dirham ke 50 Dirham. so sudahlah jatuh ke lantai dan pecah berderai... and everybody were looking at me. and i was like "apakah??" datanglah manager kedai tu.. "i will pay for that mugs" terus ku jawab begitu. tak silapnya dua biji kot. aduhaii... tak pasal je kan... tapi nasib baiklah manager kedai tu  baik kan.. dia cakap "it is ok mam." hahahahah lucky tak payah bayar kalau tak masal je bayar benda yang tak dpt pun.

cukup2 la ko berdrama dek non... bawak2 la balik ke tanah air. so berangkatla kita pulang... pukul 10:30 pagi waktu Dubai. dalam flight kita sempat snap2 gambar dan ambik video lepas tu kita tidur... makan pun tak sedap. so tak der la nak mkn apa sgt pun... sampai Malaysia pukul 10:30 malam.  ohh.. ni live camera kat dalam flight masa tgh take off



sampai2 tak gheti nak keluar terus boleh lagi dia org ajak shopping dulu kat dalam tu. so shopping light2 kita dan keluar jumpa hubby terchenta... yeay... salam peluk2 cium2 skit (it's ok kita kat airport malaysia bukan Dubai :P) terus ckp kat hubby i nak makan tomyam please.... wahh ngada ko kan baru 8 hari pergi tempat org merindu tomyam bagai. ye la makan kat sana tak pedas weyy... memang la nasi arab tu ada rempah ke apa tapi pedasnya tak sama pas tu mana ada kuah segala bagai kan... sos cili pun tak der tau... makanlah nasi ngan tomyam dan daging masak merah tgh2 malam kul 12 kot... pas tu balik rumah, mandi (dah 12 jam lebih tak mandi :P) pas tu kemas2 barang tetap la mata tak ngantuk. last2 kul 4 pagi baru leh tidur. rasainnnnnn jet lag katanya.

dan esok paginya hubby dah bangun pagi ke airport lagi dia pick up his parents and brother. bininya terbongkang lagi tidur... nasib lah mak mertua ku check-in hotel kan. kalau nak datang rumah.... matikla... luggage tgh rumah lagi tak habis kemas kan ngan baju kotor yang boleh tahan banyak lagi.

ada sebab why his parents is here.. itu kita cerita di episod akan datang ye....panjang tak cerita ini in one entry? so nak pergi lagi tak Dubai? nakkkk........ nak pergi ngan hubby sebab ada byk benda tak sempat buat.. so kalau ada rezeki kita nak pergi lagi dan rasanya 4 hari 3 malam dah cukup dah untuk pergi:

1. Dubai Aquarium & Underwater Zoo
2. Naik Burj Khalifa
3. Desert Safari
4. Jalan - jalan kat Jumeirah Beach
5. Dubai Museum
6. Drive to Abu Dhabi dan jalan2 kat sana.

till then Insya-Allah ada rezeki sampai lagi kita ke Dubai.

15 comments:

Farra Da Smiley said...

untung ler!! gi Dubai fully sponsor!
idaman sume org dek oii..aduhhh nak gi gak..jom jom

Unknown said...

beb..kata Emirates makan sedap.. MAS juga dihati kan?!
Owh...nampak nama aku disitu..apekah barang itu?

LiTtLe^m3 said...

kak farah.. jom la best gak la kalau uwang nya byk :)

mimi.. ye punya ingat kat ko hingga pecah barang2 dalam kedai kan.. bila nak jumpa beb? ntah la time aku naik memang tak sedap mknan dlm flight Emirates. Yee... MAS tetap di hati wahh patriotik gitu kan..

Nong Andy said...

akhirnya smpai juga n3 dubai yg ku tunggu2 heeeee....

lobster tu wow!

itu baklava nampak macam sedap o...

*Baiti- terima kasih sekali lagi atas ole2 dr dubai n singapore :D

Ummi Damia said...

kenapa manager kedai tu sgt baik? baik sgt ke org dubai itu?kalo kt sini once broken consider sold.

LiTtLe^m3 said...

No problem bah. Nnt kalau ko dtg kl lg aku belikan baklava di sini.

LiTtLe^m3 said...

X der la baik sgt org dubai.. ntah manager tu baik plak nya. Rasanya saya bkn org pertama kot pecahkan.. sbb mmg possible je nk pecah kalau terlanggar coz cara dia susun brg2 padat sgt.

A.H.A.D said...

Ko mmg kena pegi lg dubai tu sbb sian aku tgk asik bergambar dpn aquarium jer hehehe...
Roch bwknye nanti banyak kali ko sebut tu..
Eh eh elok je cardigan tu dgn ko.. nampak berseri gambar :D

LiTtLe^m3 said...

thanks for the present :) Insya-Allah ada rezeki kita sampai lagi Dubai.

Nong Andy said...

Baiti,

lagi kan.. itu gambar dari atas kapal.. ko cakap gurun tu.. wah.. itu nampak ohsem..

Anonymous said...

to be honest..im so jelly jelly..haah..i will be there soon..later la kot..bile da keje..ngeh xD

LiTtLe^m3 said...

ye nong memang cantik tapi panasnya.. aduhaiii.. perit kulit...

Hi najmi, boleh pergi sana kerja.. tapi jangan lah kerja kat sana lama2. balik la berbakti pd negara... wahh patriotik kan...

asfiedaimpiana said...

Bestnya dear!!! Dah la full sponsored n lama uols..

Nong Andy said...

baiti,

n3 singapore ?

RIZZNA said...

7 days fully sponsored.... what ever lah on duty ke apa kannnnn..... Dubai tu Dior...omg! really jelosi kat u lah Baiti.. ada vacancy tak tmpt keje u?? (hihihi tetiba)