perghh.... ke pulau ke tanah rata dan sekarang ke tanah tinggi pulak! complete cuti2 kali ni. i love this road trips!

6 September ke pulau, 7 September naik train 8 September kita ke KK-Tambunan-Keningau-Tenom-Banjaran Crocker-KK. all in one day!

pagi dah start gerak dari KK after Subuh dalam pukul 6 pagi dah keluar rumah (matahari dah ada masa ni). kita terus ke tambunan. on the way kita singgah di Gunung Emas. sejuk tempat ni.. best. kenapa nama dia gunung emas? banyak emas ke sini.. hmm i don't know about that but i guess the name tu dtg dari rupa gunung emas tu sendiri kot. masa kami di bawah matahari tgh naik. cahaya matahari yg menyimbah ke gunung tu menyebabkan warna gunung tu kuning instead of hijau kerana rimbunan pokok. mungkin itulah sbb namanya gunung emas. tinggi juga kami naik kemudian berhenti di perhentian jap coz break kereta sudah bau :)tinggikan! best sejuk nyaman saja...

nampak tu berkabus masa tu baru dlm pukul 7 lebih...





kita teruskan perjalanan dan stop kejap kat pusat informasi refflesia. kat sinilah ditemui bunga rafflesia dan dijadikan tempat kajian. we are early so tak bukak lagi. kita bergambar je kat depan pintu masuk.



seterusnya kita berhenti lagi di air terjun masakob. tak masuk pun coz still early. so kita bergambar je kat dpn tu. errr.. tempatnya macam seram2 aje :P ke sebab kita awal sgt tak der orang tu yang rasa semacam aje :P



teruskan perjalanan hinggalah ke pekan tambunan. kita teruskan perjalanan dan singgah ke memorial Mat Salleh. i love road trip yang selain dari melihat scenery yang cantik. kita singgah juga ke tempat2 bersejarah. yes i love museum too :)



ok children.. mari belajar sejarah:




Dibelakang memorial ni ada tanaman padi bukit yang sangat indah. di sinilah sebenarnya asal kampung Datuk Paduka Mat Salleh atau lebih dikenali sebagai Mat Salleh. sebenarnya di belakang tu ada gunung ganang di bawah tu ada padi. tapi x nampak sgt gunung ganang sbb kabus tebal lg. sejuk lg masa ni walau dah menginjak pukul 8 masa tu.



cantikkan.. scenery sepanjang jalan! sampai ke keningau kita berhenti breakfast dulu. siap2 breakfast berat. next kita ke Tamu Keningau. oh i love it! meet with locals. look at hasil dari kebun dan kemahiran mereka. this is what i love about Sabah! cuma beli kayu manis (most popular product in Keningau), beras bukit keningau dan juga parang (di Tambunan juga ada orang yg mahir membuat parang selain di Kota Belud). hey support local product ok!

I am so excited when reach the Tamu. eh.. mak mertua i lagi excited tu... nampak tu menonong je jalan kat depan tu.



since Keningau ni jauh dari laut.. so mostly ikan2 dijual kat Tamu ni ikan sungai.. macam2 ada.. alamak! makan ayam je la kat Keningau ni since i tak makan ikan sungai :)



Oh as i mentioned earlier, Keningau terkenal dgn product kayu manis/cinnamon. when i said terkenal means:



yes this big! thank you mak cik it is so cheap only RM5.00 satu ikat tau! bukan sebatang, so i bought a few. tak silap tiga ikat tu dia bagi RM10 ke. dah murah.. murah lagi!


selesai membeli2 macam2 kat Tamu ni. Kita teruskan perjalanan ke Tenom! what else Tenom... kalau tidak kerana coffee nya. i try to find the coffee factory. tapi tak jumpa... cam pelik skitlah pekan Tenom ni. so end up kita singgah pasar and beli coffee kat pasar saja. then kita ke:



taman ini agak besar juga... macam2 ada. please google to know more kay. you can choose to cycle like us



roch & i

us with olan (adik roch - single & available.. anyone?)



ok tipu.. kitaorang tak cycling pun.. larat??? ok aje sebenarnya.. tapi x perla... kita pun naiklah:



banyak sangat information and knowledge kay bila kita melawat kat taman pertanian sabah ni. should visit! dan ada tour guide sekali.. bagus.. so tak payah baca semua brother ni explain!



somebody overload with information dah start garu kepala :P

ada taman orkid hybrid dan original borneo orchid. paling best of course original borneo orchid yg harganya mencecah ratusan ribu. when i said ratusan ribu means half a million. no joke! like the orchid below:



orkid telinga gajah. err nama saintifik tak ingat.. u might want to google :)jom tgk lagi taman orkid kat sini







ini magic... macam mana nak test buah ni... kenapa dia magic.. mula2 kita makan buah yang masam. contohnya di sini kami makan buah belimbing buluh.. ya ampun masam. lepas tu kita makan magic fruit ni (tak der rasa apa pun... tawar saja). lepas beberapa minit kita makan semula belimbing buluh... wahh manisnya belimbing buluh.. saya pun makanlah belimbing buluh sampai habis sebab rasanya manis dan lemak sekali. pas tu baru brother tour guide tu cakap.. u jgn mkn sampai habis.. rasa di mulut saja manis tapi di perut berasid.. ye betul.. sampai je semula ke pintu depan saya mahu ke toilet.. chehh.. orang dah habis makan baru cakap kan... nasib baik public toiletnya kategori A. kalau tak naya ooo nak cari toilet.



pokok ni namanya pokok canon atau meriam kerana buahnya yg berbentuk seperti bola meriam. jangan disentuh buahnya kerana beracun. berasal dari mexico amat sesuai untuk landscape kerana ianya berbuah sepanjang tahun.

dan ini pula teratai gergasi. katanya jika baby 500gram (err baby 500 gram masih dlm perutkan?) diletakkan di situ. ianya tak kan tenggelam.



habis pusing satu taman. kita pun ke kedai souvenir kat depan dan beli macam2. and we headed to Murut Cultural Centre. Indah khabar dari rupa. sayangnya tak di maintain. pameran semua berada kat tingkat atas tapi tak der pintu masuk proper. so kita masuk dari celah mana ntah sebab diaorg kepong sana sini tak bagi tgk ke apa. only myself and roch yg redah masuk kat tingkat atas tu. and roch being so "orang tua"

ohh baby don't touch this, don't touch that.. don't take pictures... that is keranda.. NO! don't.

erghhhh stress pulak jadinya ngan pakcik tu. ok boring.. so kita pun turun and balik. if anyone from sabah tourism read this or menteri read this.. please... do something.. what a waste! tak kan guna setahun sekali aje for perhimpunan tahunan kaum murut? come on.. such a beautiful place there. open for public and is it really still have a mystical/magical elements there? erkkk... jomlah bergambar.. jangan tidak kan! sebelum balik kita menari sumazau dulu (ohh you should see how roch menari sumazau dulu masa kat uni. my god tak ingat dunia pak cik ni :P). well it is in a blood kan... nak wat cam ner :P motif ko menari sumazau kat rumah murut? tatau???






on the way balik tu kita singgah sekali lagi kat keningau for makan tghari/petang. jalan2 sekitar pekan keningau and by 4:00 pm kena gerak balik. coz kita akan mendaki banjaran crocker ke kimanis utk pulang ke KK.

ni kat bawah sebelum start mendaki banjaran crocker. tak pasti pulak berapa ribu kaki dari paras laut. tapi cukup tinggi utk mengatakan bandar keningau nun jauh di bawah sana.



di belakang sana tu bandar keningau. tak nampak sebab dah berkabus. masa tu kira2 pukul 4:30 petang. dasyatkan kabusnya. sejuk boleh tahan gak...








kalau pagi tadi kita datang dari arah tambunan lalu gunung emas. balik nanti kita ikut banjaran crocker lalu kimanis. kalau lewat dari pukul 4. kita kena ikut jalan tambunan utk pulang. sebab jalan sgt bahaya. kabus tebal dan we talk about hutan tebal!! satu lagi jalan ini agak bahaya kerana sampai satu kawasan ada zero graviti. di mana sepatutnya kita tak perlu tekan minyak kereta akan naik dengan sendirinya. dan bila kita turun bukit break seolah2 tidak berfungsi dan memerlukan kecekapan pemandu utk control the car! i told u this is scary! i never been so scared in my life except this time. and roch said muka i pucat gile masa lalu situ and i told him tak mau lagi lalu situ sanggup lagi ikut tambunan walau pun lebih dekat lalu situ utk balik ke KK. u guys can watch this video taken by someone in youtube. masa kami lalu pun mcm nilah keadaanya. click this link Kimanis Foggy Road.

ini still picture yg kami sempat snap.. lepas tu dah kaku dok diam dlm kereta.. it is so scary.. adik roch yg drive. sampai bawah sikit kena stop coz break kereta dah berbau hangit... and i almost keep quiet sampai la ke KK. which is sgt rare la kan baiti tak bercakap. yes.. that is the impact!



dah sampai lok kawi.. i am the most happiest person.. start talking and ask my brother in law to stop for a while. this is so beautiful. i love sunset, sunrise and clouds. tapikan manusia ni kan memang tak sayang alam agaknya.. tempat yang cantik ni dibuangnya sampah merata2. isyhh marah betul masa ni!



sebab dah penat.. kita terus je ke KK for dinner. masa dinner tu jumpa kawan roch dari sekolah tadika sampaila ke sekolah menengah.. sapa lagi kalau tak si Eby AF5 tu. member ada kawan artis tau :P



this picture taken 2 or 3 years ago kot. masa kita jalan2 kat sabah terjumpa si eby ni :P

overall the trip... i can say:



will return back to explore kota belud, kudat, tawau, semporna & sandakan.

kalau rajin nanti update la 2010 nya trip in 2012 :P in 2010 we visited lok kawi, muzium in KK, kundasang, ranau & labuan. gilalah lepas 2 tahun baru nak update. ok.. ni entry penutup 2011.

ingat bee 2012 kita nak ke mana? i would prefer to berjalan kat sabah aje but roch wish to go oversea cuma tak decide lagi nak ke mana. australia? tettttt kalau tanya i, i suka visit tempat yg ada budaya & sejarah. like indonesia, vietnam, cambodia if in ASIA. kalau ada budget lebih apa salahnya ke Europe kita :P. tettttttttttt sarawak pun i tak sampai lagi! and roch tak pernah sampai kelantan lagi... banyak cerita oversea plak....

ye mimi ko mesti nak sound aku jap lagi... "kata nak simpan duit :P"
Hari berikutnya pula 7 September kita travel by train.. kalau in part 1 berbot kali ni kita berkeretapi dari Tanjung Aru stesen (KK) ke Beaufort Stesen. saja je nak rasa naik keretapi kat sabah ni. syiokk (the sabahan say syok :P)juga!

awal pagi dah naik train ni. dalam pukul 7:30 tak silapnya. baru memulakan perjalanan....



tgh2 keretapi bergerak tetiba berhenti di satu tempat indah ini.



sedapnya kerbau tu berkubang!



punya lama berhenti. rupanya2 kawan dia sudah kena langgar sama keretapi. kena kasi settle dulu sama owner. baru keretapi boleh jalan! jauh perjalanan dah sakit pinggang duduk dalam keretapi kita pun dah sampai Beaufort! terima kasih jabatan keretapi negeri sabah. lompat dulu sebab dah penat duduk!




lepas tu kita jalan kaki pergi pekan Beaufort dan makan soto juga rojak ayam for breakfast! jauh weyy gi breakfast dari KK ke Beaufort..



sebelum pulang.. kita bergaambar dulu kat stesen Beaufort...




Alhamdulillah... selamat sampai semula ke KK.. bergambar dulu kat stesen keretapi yang menyimpan seribu satu sejarah negeri sabah!



Kita terus ke pasar selepas itu dan borang 4kg ketam, ikan dan juga segala jenis mknan bercengkerang.. tak habis RM60 pun... ni yang suka ni pasal sabah ni... kalau ke pasar macam tak keruan jadinya.. semua nak semua suka semua rasa murah sangat!!!!!! dan malam tu i cooked for dinner. licin habis and they commented tak sedap! i replied, if sedap habis pinggan u all jilat jugak. dan bapa mertua tak habis2 cakap kalau pindah sabah boleh bukak restoran. Insyaallah.. siapa tahu ada rezeki nanti terbuka jugalah restoran kat sabah ke kat semenanjung ke wallahualam...

bersambung lagi ke part 3... final one!
tahun ni kita berjalan ke sabah lagi! we plan jalan2 after all the raya celebrations with the families done... not really well plan. i did not do any research coz wanted to see how hubby plan. as usual.. he is not really good at planning the vacation! bee, this is the KPI for you next year ye! kot kalau planning the project tu boleh tak kan lah planning vacation tak boleh kan.

lepas je penat2 berkemas open house kat rumah my mother in law, kita pun plan la gi jalan2 bawa both my parents in law. mula2 kita pergi melawat pulau2 di sekitar Kota Kinabalu. 3 tahun kahwin, baru ni sempat nak gi jalan2 kat pulau yang nampak di mata dekat di hati tapi tak pergi - pergi :P (coz we always think of.. ala.. selalu balik KK pun tak larinya pulau tu. ada je kat situ nampak kot dari rumah pun :P).

A day before pergi booking boat kat Jesselton Point jetty (ni pun kalau i tak drag ke jetty tak dernya nak berbooking.. adoiyaiii). Brother to advice suruh datang pagi the next day tu coz takut ombak kuat sebelah tghari atau petang. baiklah.. so kita pun dah booked the boat just all of us satu boat tarrak share sama orang so ikut time kitalah ikut suka nak balik pukul berapa. tak silapnya RM200 satu boat tu utk 8 orang. tapi kita 4 orang aje. dah 6 September.. orang lain semua dah naik kerja/belajar. so tak der sapa nak teman pergi berjalan2.

oklah layan gambar jek la dulu nanti kita explain lagi kay:



panas ok tunggu kat jeti tu. ni dah book kalau ikut yg bayar RM15 ringgit je per person tu lagi jenuh la menunggu ye. feeling pelancong la sangat orang itu... FYI nama je 18 tahun dok KK tapi dia tak pernah pergi pulau tu.. boleh? katanya umur i 18 tahun i dah keluar dari KK hinggalah kini. ok la what an excuse :P

ok la all together kita pergi 3 islands. pulau sapi, mamutik & manukan. lain2 tak yah pergi pun tak per. bukan ada apa pun sangat. ni masa dah naik bot nak ke pulau sapi. err.. my father in law ni rajin sangat tolong snap2 gambar. thanks bapak and the photos usually, we love it jarang sgt bapak snap gambar tak cantik



dah sampai kat pulau sapi, sempat lagi bapak ambik gambar candid...



yeayy dah sampai pulau sapi:





ok some notes in case if we think of coming back again to any of these islands (oh yes we must come back!)



sebelum gerak ke pulau mamutik, mari kita bergambar dulu kat jeti:




next dah sampai pulau mamutik:




ok jom ke bot semula kita ke pulau manukan!!!!!!!!!!! the most beautiful island among all.. oh i am so happy sampai rasa nak terbang.. cantik sangat!!!!!!!!




naik bot semula kita ke pulau manukan... tgk tu percikan air tu.. haihhh cantiknya!





sampai sudah di jeti pulau manukan:



jom tgk apa ikan yg ada kat sini:



gambar dulu depan sign board :D



we spend lama sikit kat pulau ni. tak lah besar sgt pulau ni tapi pulau yg paling best, bersih dan cantik. jom jalan!



ada tinggalan perang dunia kedua juga di sini:



kami tak snorkeling kali ni. mungkin next time. we plan to stay at manukan island resort:



we don't want to miss this:



and this:



till we meet again yeah.. at part 2:



p/s: ada tak orang lain bergambar mcm ni ngan mak mertua diaorg ek? mak mertua i ok je.. dia layan aje :D


ini budak sudah habis belajar. dulu convo diploma now convo degreenya. same university as kakaknya. alhamdulillah... semoga menjadi seorang anak yang berbakti kepada mak & abah dan adik yang always cool! oh tak lupa juga semoga berbakti kepada agama dan negara juga. almost there bro! InsyaAllah.. oh ye convo dengan rambutnya botak.. remember kepalanya berjahit earlier? a month before convo..

the proud mak & abah & the pretty sister :P



later we headed to Alamanda for the little celebration at Sahara Tent:



setelah beraya sakan di Johor dan Sabah... tibalah masanya pulang ke pangkal jalan... naik kerja weyy sakan kan cuti dr 27/8 - 11/9 2011.

jeng jeng... kitanya flight balik dari KK ke KL adalah pada 10/9/2011. iushh dah rasa cam tak best plak nak balik KL. ye lah dah sakan berkampung kat sana kan.. jalan sana jalan sini.. makan sana makan sini.. email office yg ado langsung tak bukak.. boss pun tarrak call hip hip horeyyy.. maknanya semua kerja settle before cuti raya la sbb tu org tak kacau.. hehehe..

al kisah plak sebelum balik my bro dah buat drama la plak.. he suppose to pick up kitaorg kat airport. kita sampai lebih kurang kul 8 mlm la kat klia. so pagi tu dlm pukul 11 kita call la dia.. gf nya plak yg angkat.. katanya kat klinik my bro jatuh and pengsan and now kepala berjahit (masa tu susahnya nak translatekan benda ni sbb like sudden). ok jgn panic sbb pas tu last ayatnya "jangan bagi tau mak dulu." alright... relax bertenang.

i kept calling his gf to inform me if he vormit since kepala tu dah berjahitkan and terhantuk and i tak kasi gf dia balik suruh tunggu sampai i reached home in case kalau mr bro vormit or pengsan ke. reached klia about 8:00 pm tunggu luggage and que utk dpt taxi and reached home about 9:30 pm. his gf inform us that he has been sleeping since 12 tghari td just bgn sbb rasa nak makan sikit and vormit twice... wahh cannot wait dah ni.. nak kena bawa gi hospital.

siap pack2 barang in case dia kena warded, terus heading to Hospital Putrajaya. Luckily doctor ada bg referral letter so terus je dpt masuk tak tunggu lama coz head injury and vormit kan. bagus.. ding dong kitaorg tunggu kat luar lebih kurang 1.5 hours, pas tu relax je my bro keluar kata jom balik. la.. itu je ke? pas tu i g pharmacy ambik ubat.. doctor bg pain killer je.. my bro pening sgt2. tanya ngan my bro apa dia buat kat dlm lama sgt rupanya buat x-ray and MRI pas tu doctor ckp pening and muntah sbb stress/tension sbb sakit.

on the way balik tu dia baring je kat belakang. suruh mkn pun tak nak.. ok dia tidur masuk bilik dia tp i tak kasi kunci pintu bilik. still tak bagi tau my mom.. coz ding dong ding dong sampai rumah dah pukul 1.00 pagi...

early in the morning celik2 je terus fikir2 bila nak call mak ni. last2 dlm kul 8:30 pagi tu call mak. explain to her that akmal bangun tidur and went to toilet, pastu dia tunduk nak buka pipe tetiba je dia pengsan dan bila dia sedar, dia tgk kepala dia berdarah rupanya masa pengsan tu terhantuk kat bucu bilik air. bila dia sedar, dia call gf dia suruh datang bawa dia g klinik. masa tu ok lagi.. dekat2 nak sampai klinik tu muka dia dah pucat, pas tu dah start rasa pening. sampai klinik doktor jahit luka and ask to go to any hospital. tapi budak sorang ni tak nak g hospital. and what makes mak geram is sebenarnya mak baru je call dia nak wish birthday just before i call. pas tu mak tanya "smlm ambik akak kat airport pukul berapa" boleh plak dia jwb kul 8. so when i call tu mak cam terperanjatla..

jap lagi abah plak call... kenapa tak bagi tau dari semalam? err simply answer sbb tak nak mak ngan abah risau.. jap lagi.. pot pet pot pet pot pet... dah jadi bendanya pun kan potpet pot pet pot pett.. ok pas tu letak phone.

ok pas tu mak call balik.. "ko tunggu jap lagi mak datang". ewah mak cakap mcm sepelaung aje johor - kl tu kan mak. iye 3 jam lebih sampai sudah... aiyooo!!! rumah memang tongkang pecah la kan.. kain baju, luggage balik dari sabah semua tak berkemas lagikan. pas tu masuk dapur tgk bawang ke apa semua dah tak der. pas tu boleh plak ada meeting joint management body (JMB) kan. ok relax!.

first of all kita gi meeting JMB dulu. tung tang tung tang roch ellected as one of the member. tung tang tung tang dia kena attend meeting plak. tung tang tung tang kita kemas rumah pas tu i headed to Giant nak beli barang2 nak masak. agak2 tak sempat nak masak tapau KFC sekali. sampai je rumah, mak ngan abah pun dah sampai. naik2 je rumah harus dicari anak kesayangan la kan.. dah ok skit dah nak makan and boleh gelak2 dah.

call boss mintak cuti lagi hari isnin tu sbb mak ngan abah ada kat rumah. nasib baik boss baik bagi lagi cuti. hari selasa 13 Sep baru naik kerja... nice... setgh bulan tak kerja :D. naik kerja... jeng jeng kerja tak der la membukit sgt just nice la :). kerja 3 hari pas tu cuti lagi 16 Sep tu my birthday! hip hip horray! no celebration as we attended open house aje ada 3 rumah kita pergi. last sekali rumah jiran si farah-peja tapinya dia tak der kat rumah. akak dia suruh masuk. so kita masuk ajelah tunggu tuan rumah (the last tetamu sebenarnya :P)

17 Sep tu kita buat open house. alhamdulillah seperti tahun2 sudah ramai tetamu yang datang dari jiran tetangga (farah & gee antara yg awal jugaklah) hingga la ke schoolmates, officemates & unimates . menu seperti tahun sudah jugak, nasi impit, kelupis (brunei nya mknan) rendang, lodeh, sambal kacang, sate goreng, spaghetti & popiah. semuanya dimasak sendiri dgn bantuan of course my dearest husband, my bro nya gf and my bro.

kawan2 sekolah lepak sampai lewat ptg pas tu suruh tuan rumah purchase astro first hantu bonceng. tuan rumah tgh sibuk so suruh aje derang order sendiri. tuan rumah sibuk nak layan tetamu lg. nice wayang start, tetamu pun yg tinggal just cousins and school friends. so kita lepak jap tgk wayang.. lepas tgk hantu bonceng lepak2 lagi minum air panas plak. eh kalau tetiap minggu cam ni kan best. surrounded with all the good friends. last tetamu dtg my officemate and boss. lepas maghrib baru sampai. tak per kita dah reserved the foods and panaskan balik semua mknan.

last tetamu balik.. gue sudah kepenatan. no way i can continue to help them to mengemas. again thanks to all profesional helpers :D tlg kemas semua, when i woke up in the morning, nice semua dah siap basuh, lauk yg ada lebih skit aje dah simpan dlm fridge. so sunday 18 Sep tu kita tinggal nak mop rumah, vacuum and wash toilet. maklumlah ramai tetamu so toilet pun bekerja extra so kena cuci kasi wangi la. siap semua, simpan semua all my antique collection yg digunakan (this task i never trust other people to do). siap semua kita pun melepak aje... ada satu open house that Sunday rumah jiran aje. ok lah jom layan pics we took on that day :)

the rumah check:



the foods check:



the iklan free for TM always connected with TM :D



the professional helpers check :):



the tuan rumah check :)



the best friends always check :)



after that kita ada buat a few sessi makan2 lagi. invite the bosses and close friends and the jiran sekali lagi sebagai penutup raya. Alhamdulillah rezeki tahun ini dapat dikongsi bersama kawan2. insyaallah ada rezeki dan kesihatan yang baik kita buat lagi makan2 nanti. end of the raya story.. finally!
dah ada part 1 mestilah ada part 2 kan dan sekali baru teringat ada part 3 gak :P. sambungan kisah raya...
KL-KK-KL (1 September 2011 - 10 September 2011)

raya kedua kita dah balik kl semula... sbb nak balik ke sabah plak.... harus segala mcm mak nenek nak dikemaskan coz flight raya ketiga tu agak awal gak dlm kul 11am gitu. kuih raya utk mak mertua/mama tua/ makcik & pakcik check, baju raya kat sabah check, duit raya utk anak buah, parent in law, mama tua kat sabah check, kain baju nak tinggal 10 hari check.. ambik ko.. sekali balik tak hengat2 10 hari terus kita tinggal sana. my mother in law said bagus lagi kalau tinggal sebulan.. tu perli ke suka menantu balik sana ek? of course la suka kan mama?? anak nya yg dh lama tak balik tu sekali balik tu dia balik lama2. actually, derang tak der feel sgt sbb awal puasa dan akhir puasa tu roch ada outstation ke sabah for 5 days kot each trip tu... so nak ada feel rindu pulang beraya mmg tak la kan :P tapi roch disorokkan dari sedara mara yg lain termasuk mama tua (read nenek ye) atau pun kami panggil wawa sepanjang dia outstation kat sana. so ala2 balik tu kepulangan yang dinanti la.. lama dah tak jumpa cucu wawa yang sorang ni kan.. oh roch is the only family member yg out of KK. yg lain semua ada kat KK. haruslah menjadi kepulangan yg dinanti.. baru real perantauan kan.. takat balik johor tu tetiap bulan kita balik jadi tak der nya org nk tunggu2 sgt. eh tunggu gak.. kalau terlebih skit sebulan lebih skit.. abah akan call tanya bila nak balik... kalau kata bz.. mula la mcm2 ayat keluar like "abah dah beli ayam kampung tunggu korang balik nak masak".. tak ko rasa nak melompat je balik coz rasa bersalah abah ko ckp gitu kan.. mak kurang sikit coz like every day i call her and walau abah tau i call home like every day kan.. ok dah sambung cerita sabah balik...

raya ke tiga so pagi tu kita keluar awal gak dr rumah ambik teksi terus ke klia. suka sgt travel ngan MAS skrg ni sbb sgt2 la memudahkan.. beg boleh drop awal dah settle2 semua kita pun g mkn dulu. tgh2 mkn tu rupanya terjumpa kwn lama kat company lama dulu.. dia nak balik kelantan je tapi saja ambik flight sbb anak kecik dan tak kuasa nak ngadap jem nnt masa balik katanya. betul gak tu...

naik je flight terus feeling nak tidur aje... (i am good in this.. i can sleep all the way sampai KK silap2 kapal dah berhenti org dh turun pun i can still sleep and my husband wonder how i can sleep dlm flight)ala senang aje bee.. pejamkan aje mata.. tidurla jawabnya :D. cuaca ok.. flight ok... makanan azab... tatau la apa MAS ni buat... makanan mmg azab... kot anyone from marketing ke apa baca ni please take note ye.. so i didn't eat my meal.. touch down terus cari kfc dah mak mertua ku kata dia tak masak kan... sampai je rumah makan dulu then kita naik bilik dan tidur lagi.. see i am good in this i told ya... ohh FYI KK sgt panas yee sgt2 panas and we must be in the aircond like 24 hours (jgn ada ceramah plak ye akhirat nnt lg panas and on and on.. i know that.. kot amalan bagus sejuk jek la i rasakan)

bangun2 tidur kita terus siap2 sbb mlmnya nak g rumah my brother in law (adik roch) which dah pindah masuk rumah dia sendiri. katanya wife dia masak dan ajak dinner sana... err biar betul coz all this while duduk ngan my mother in law i never saw her in the kitchen do cooking :P... bebudak kecik 2 org tu (anak buah roch) so excited meeting us and i gave them each beberapa helai baju baru. ohh sgt suka dan melompat budak2 ni. keep saying "auntie baiti bg baju baru.." melompat2 beriba2 memanjat2 budak2 2 org tu, dah malam jom kita balik sbb bebudak tu dh mengantuk.. kot lagi gue malas nk mendengar "when u guys wanna have your own kids".. sudah jom balik sebelum aku naik hanginnn kan...

raya ke empat kita menyorok lagi kat rumah.. lagi pun hari jumaat.. so lepas sembahyang jumaat baru kita rumah gi bungsu (makcik roch sebelah mama yg bungsu) ni pun acara menarik gak.. makan soto banjar.. terbaekk punya soto and bungsu only invited us in the family.. hehehe thanks bungsu. dah makan dah lepak dah rasa semua kuih raya baru kita gerak g rumah pak cik roch (adik beradik sebelah mama roch) yg nak buat open house besar-besaran pada raya ke lima. D.O ma... haruslah besar2 kan buat open house... just tolong2 apa yg patutnya je.. tp i lebih byk kepada duduk2 saja. errr ntah derang tak kasi i buat kerja lagi pun semua kerja dah ada org tlg buatnya (extra manpower ye kawan2) so i ni overhead saja dok diam sudah.

raya kelima pagi2 kita g umah uncle roch since dia ada buat open house and tahlil since the arwah bapak tua punya birthday falls on the same day. i never got chance to meet bapak tua (he meninggal about 10 years ago) but if he is still around i believe he is so much fun to be around with and i am sure i can pick up kadazan's language from him, dah sah2 anak cucu dia tak pick up kadazan's ko plak nak pick up kadazan's language from him ye baiti?? yessss i am sure i can pick up that language from him.. since anak cucunya tak der effort pun dulu nak bertanya dan belajar dr dia. sayangkan... what a waste.. now i can only pick up bahasa melayu sabah and a little bit of brunei since roch pun bukan gheti sgt ckp brunei pun... alahai ruginyaaaaaaaaaaaa.... tak perla kalau ada rezeki nnt tinggal kat sana i will try to learn from the local their languages (mcm2 tau.. sgt interesting). oh arwah bapak tua ni ada kembar dan kembarnya masih ada lagi hingga sekarang cuma berlainan agama saja. ada cerita kelakar skit masa kat sini.. i asked my mother in law:

me: mama.. kenapa tahun ni family sebelah chinese (read sino kadazan) tak datang?

mama: oh tahun ni diaorg tak dtg sbb kebetulan pulak kan di sana (read rumah family sino kadazan) pun buat makan2 sbb birthday bapak tua diaorg.

after a while thinking, menantu tak makan saman ni leh plak reply balik "mama bukan kebetulan. kita kat sini buat tahlil derang kat sana sambut birthday sbb bapak tua share the same birthday dia orang kan kembar."

mama: iya kan.. lupa dia orang kembar (hahahaha gelak2 sbb i rasa my mother in law pun rasa conversation tu wired and she not supposed to answer that way.... buat kelakar plak mama ni). after the tahlil ada makan2 skit and as usual makan la kan ada makan sikit?




later in the evening we were ask to wear in purple.. since purple is my color and i have a lot of baju in purple the problem is my husband he only have 2 purple tone. but it's ok.. we settle with pale purple... lucky us coz jap lagi everyone wearing dark purple huhuhu i am save ;)meh tgk gambar skit:

the always pengantin baru walau dah 4 kali raya :) ohh i love this makeup pale and sweet (sila menyampah :P)



the Jaafar@Jaffar family:



the cucu and cucu menantu and also cicit perempuan with mama tua (i am the only semenanjung. the rest are Sabahans)



the cucu and cucu menantu and cicit lelaki with mama tua (roch is the oldest among them and no orang semenanjung :P):



the everybody and i am only the semenanjung. they are all Sabahans:




the next day was makan2 happened kat rumah family roch (my parent in law plak buka rumahnya seluasnya). mama kata nak buat nasi minyak.. ok that her part la kan.. errr ko duduk goyang kaki je ke baiti?? eh tak lah i masak rendang daging u... licin tau!! i juga masak ayam masak merah... ok ayam masak merah kes terkejut kay.. i only promise to cook rendang (my expertise kan :P). tetiba je pagi tu ibu mertua ku cakap "baiti masak ayam masak merah ya".. boleh tak kalau nak reply.."eh bukan mama cakap mama masak ke mlm tadi??" berani ko nak jawab cenggitu?? memang tak la kan...

bukan tak pernah masak ayam masak merah utk digandingkan ngan nasi minyak ni tapi yek la nak bagi org mkn kot some more kat rumah mak mertua nanti tak sedap org tak makan boleh je ibu mertua ku cakap "baiti yg masak ni.. bla bla bla tak sedap bla bla bla" (ok.. imaginasi je lebih.. mama roch baik ok). terussss gue lari naik atas jap dan mencari "bidadari penyelamat makanan":

me: hello bonda.. ibu mertua ku suruh masak ayam masak merah.. nak confirm bahan adalah (disebutlah bahan2nya tu) betul tak?

bidadari penyelamat makanan: hah betul la tu.. laa bukannya tak pernah masak kan?

me: just to confirm aje.. nak masak banyak ni.. pas tu nak bg tetamu mkn. bukan nak makan sendiri laki bini aje.

bidadari penyelamat makanan: ok.. dah gi masak.. jangan buat malu i plak u masak tak sedap.

me: amboi statement.. pernah ke i masak tak sedap sampai u all tak leh mkn? (eh statement nak diva gak ngan bonda kan)

sejam selepas itu bidadari penyelamat makanan sms:

"dah jadi u punya ayam masak merah.. jangan buat malu i kay"

ewah2 bonda statement diva bagaikan.. meh reply:

"dah jadi dah makan pun diaorg ckp sedap je unless diaorg tipu :P"

ramai jugaklah orang datang including kawan2 roch and sedara mara... oh adik roch yg lagi sorang tu pun bawaklah gf dia dtg pas tu dia tolong my biras cuci pinggan kat dapur.. kebetulan i masuk dapur... statement berani mati kan "ohh.. nak jadi menantu family ni kena rajin tau... dia orang suka buat makan2 so byk kerja dan kenalah rajin ye..". jap bagi mama roch jawab "iya kena rajin.. inilah pengarahnya" while pointing at me. amboi mama perli i ke perli yg sorang lagi tu ke atau sekali ngan yg bakal menantu? eh.. i tak kisah orang ckp i over mengarah ke apa.. coz yg penting kerja jalan and i bukan suka2 cakap je i pun buat sama kan...

i told roch and roch said kalau u tak buat statement tu pun i yg akan buat statement. err sepatutnya roch la buat statement sbb dia anak sulungkan.. i plak menantu sulung byk bunyi :P:P:P oh i menantu sulung kahwin kemudian ye.. sbb tu adik roch dah ada anak dulu. adik roch kahwin dulu. tapi sbb 3 boys kan tak kisah la sapa nak kahwin dulu pun tak der langkah bendul ke langkah parit ke. derang kahwin masa kitaorg tgh belajar lg :P 2 years after derang kahwin baru kitaorg kahwin.



the friends.. oh karlson is my husband best friend. kaedahnya susah payah bersama since derang kat college dulu. karl is sino kadazan.. in sabah it is real 1 Malaysia has been practice for years.. so no issue they are best friend, attending their wedding and etc.. err even family members pun ramai juga sino kadazan so no problem la.. one interesting story i heard from his friends.. "roch never had girlfriend until he met you". i cakap ngan diaorg tu ayat cover kot.. and karl said "ramai org minat tapi roch tak minat." eleh... ye la tu.. and karl sambung "risau juga kami dulu masa dia ndak ada gf we thought something wrong with him." okay masa tu kitaorg semua gelak sgt kuat ye... and karl's wife said "now terbukti he is not like we thought earlier." apakah diaorg ni.. but it is enjoy when u r surrounded with this people. they are so much fun wo be with... okay now i miss Sabah...

lepas saja aktiviti makan2 ni selesai... kita pun dah tak kisahkan raya lagi dah... sebab pas tu kita ada plan baik punya!.. jalan2 suku sabah.. tapi tu nanti kita update sbb part 3 will be later talking about raya in KL.

to be continued... again??