i am a very sad lady now... my right leg is injured badly. how it is happened?

pada hari jumaat yg lalu, saya pergi ke tandas di office. memandangkan tandas itu tandas public, maka saya memilih utk menggunakan tandas cangkung. setelah selesai, saya pun berdiri tanpa sebarang masalah. tiba - tiba, kedengaran bunyi letupan yg kuat di lutut saya dan...... saya tidak mampu berdiri lagi. saya menjerit2 di dalam bilik air, malangnya tiada siapa di dalam bilik air ketika itu. dengan kekuatan yg ada, saya mengesot keluar dari bilik air dan terus ke office berdekatan memohon pertolongan. kawan2 telah membawa saya ke Emergency Ward Hospital Putrajaya dan my beloved hubby already waiting there.

Setelah diperiksa, saya tidak mengalami sebarang kecedaraan pada tulang tetapi kecederaan pd ligamen lutut yg menyebabkan saya mengalami kesukaran utk berjalan. memandangkan doktor menyuruh saya pulang setelah diberi ubat tahan sakit (ya saya weng dan sgt best tido selepas itu), saya terus pulang ke rumah dan sambung tido lagi. sesudah ubat tahan sakit itu hilang, maka saya menahan kesakitan sepanjang malam hingga ke pagi.

pada awal pagi, saya terus bersiap dan bertemu dengan Mr. Yang, Traditional Chinese Medicine Physician Acupuncture & Orthopedic Specialist. dengan tidak malunya, saya menangis dan meraung ketika Mr. Yang mengubati saya menyebabkan Mr. Yang agak tersentak . setelah berehat selama setengah jam, Mr. Yang membenarkan suami saya membawa saya pulang dengan lutut saya berbalut dengan ubat herba cina.

selama empat hari berturut-turut saya menemui Mr. Yang dan masih belum pulih sepenuhnya. Saya masih mengalami kesukaran berjalan dan ke bilik air. walau bagaimanapun, saya sgt gigih ke office pagi ini untuk menyiapkan beberapa urusan. saya masih lagi berfikir - fikir untuk pulang atau stay hingga ke petang memandangkan saya sedang di awang - awangan kerana pil pain killer.
hubby arranged my birthday party to be done at Sabah during Raya on 26 September 2009 (10 days lagging) as only 2 of us here during my birthday on 16 September. here are the photos....


Celebrated my Birthday with Qayum (hubby's cousin which is 7 years younger than me... hate that :P)


Ala2 potong cake sama2 gitu :P








suap dia skit :P


wow!!